Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 9, 2024 23:34 MYT
Julai 9, 2024 23:34 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 9 Julai 2024.
Hamas mendakwa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu meletakkan halangan berhubung rundingan gencatan senjata untuk menamatkan perang di Gaza.
Menerusi hantaran di X, WFP di Timur Tengah dan Afrika Utara berkata keluarga sering kali tidak menerima catuan penuh yang mereka perlukan kerana akses tidak menentu dan stok yang terhad, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Menurut pengerusi syarikat yang mengendalikan bekalan elektrik, kira-kira dua hingga tiga juta isi rumah terjejas dan usaha memulihkan bekalan elektrik mungkin mengambil masa beberapa hari.
FAA) pada Isnin mengarahkan pemeriksaan topeng oksigen penumpang pada kira-kira 2,600 pesawat Boeing kerana masalah dengan bahan pelekat yang boleh menyebabkan topeng itu beralih daripada kedudukan asal.
Mahkamah Tinggi di London memulakan pendengaran selama dua hari berhubung rayuan pengasas WikiLeaks Julian Assange terhadap keputusan ekstradisinya ke Amerika Syarikat (AS) pada Selasa.
Tokyo pada Selasa menggesa Myanmar agar segera membebaskan seorang warga Jepun yang ditahan kerana didakwa melanggar peraturan penjualan beras, kata Jurucakap Kanan Kerajaan Jepun Yoshimasa Hayashi.
Presiden Indonesia Joko Widodo dijadual melawat Abu Dhabi minggu hadapan untuk mempertingkatkan perbincangan mengenai potensi pelaburan di Nusantara dengan ahli perniagaan terkemuka Emiriah, Mohamed Alabbar.
Jepun ketika ini menghadapi gelombang haba luar biasa di tengah-tengah kelembapan musim panas.
Thailand melanjutkan dekri darurat ke atas tiga wilayah sempadan selatan - Narathiwat, Pattani, dan Yala - selama tiga bulan lagi bagi memastikan keselamatan nyawa dan harta benda rakyat.
Rakaman berdurasi 17 saat itu menunjukkan orang utan berkenaan berdiri sambil menggenggam dahan pokok dan dengan tenang memakan buah berhampiran sebuah rumah di tepi jalan.