Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 7, 2024 23:48 MYT
Julai 7, 2024 23:48 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Parti Buruh United Kingdom yang baru-baru ini memenangi pilihan raya umum berhasrat untuk mengambil alih semula perkhidmatan kereta api British "secepat mungkin," lapor Sputnik memetik laporan akhbar The Telegraph merujuk kenyataan Setiausaha Pengangkutan UK yang baharu, Louise Haigh.
Kemudahan sanitasi dan infrastruktur di Gaza kini terjejas teruk, menurut Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Seorang bayi perempuan berusia sepuluh bulan dan dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia dua dan empat tahun maut dalam kebakaran di sebuah rumah di barat Sydney pada Ahad, lapor Xinhua.
Bencana banjir di Bangladesh pada minggu ini menyebabkan lapan orang maut, manakala lebih dua juta lagi penduduk terjejas selepas hujan lebat melanda negara itu.
Ratusan pelancong yang terkandas di Cancun berpusu-pusu ke lapangan terbang antarabangsa bandar itu pada Sabtu bagi menjadualkan semula penerbangan mereka dan pulang ke tanah air selepas Taufan Beryl melanda pantai Mexico.
Hamas telah menerima cadangan Amerika Syarikat (AS) untuk memulakan perbincangan mengenai pembebasan tebusan Israel, 16 hari selepas fasa pertama perjanjian yang bertujuan menamatkan perang Gaza.
Perdana Menteri baharu Britain, Keir Starmer berkata, rancangan kontroversi kerajaan terdahulu untuk menghantar migran ke Rwanda kini dimansuhkan.
Wanita ini sememangnya wajar digelar 'anak dari neraka'.
Tindakannya yang tergamak memukul ibunya sendiri hingga bajunya berlumuran darah turut menjadi tular di media sosial.
Ribuan penunjuk perasaan antikerajaan berkumpul di Tel Aviv pada sabtu menggesa pilihan raya baharu yang berpotensi menggantikan Perdana Menteri Benjamin Nnetanyahu.