Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 6, 2024 23:54 MYT
Julai 6, 2024 23:54 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 Julai 2024.
Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan tujuh lagi cedera akibat dipanah petir di negeri Bihar, timur India, kata penyiar milik kerajaan All India Radio pada Sabtu, lapor Xinhua.
Menjelang hari pengundian Perancis, penduduk di Paris memberi reaksi berbeza mengenai pilihan raya pusingan kedua yang akan berlangsung pada Ahad.
Kira-kira 2,000 anggota penyelamat sedang berlumba dengan masa untuk mengukuhkan tebing selepas berlaku kebocoran benteng di tasik air tawar kedua terbesar China di wilayah Hunan, tengah China pada Jumaat, lapor Xinhua.
Unit Antikeganasan Polis Elit Indonesia (Densus 88) digesa mengekalkan kewaspadaan terhadap Jemaah Islamiyah (JI) berikutan pengumuman pembubaran oleh pemimpin utamanya baru-baru ini.
Perdana Menteri Britain Keir Starmer memberitahu para menterinya bahawa terdapat "banyak kerja yang perlu dilakukan" ketika beliau mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet baharu pada hari pertamanya di Downing Street, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden telah mengambil tanggungjawab penuh atas prestasi debatnya yang buruk menentang pencabarnya dari Parti Republikan, Donald Trump minggu lepas, dengan mengatakan bahawa persembahan buruknya adalah "salah saya sendiri", lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, pada Jumaat menegaskan bahawa beliau tidak akan menarik diri daripada bertanding untuk penggal kedua, meskipun semakin banyak gesaan agar beliau berundur selepas prestasi debat yang kontroversi menentang pencabarnya dari Parti Republikan, Donald Trump, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Kehadiran pemimpin berkebolehan digital adalah penting untuk menyokong pelaksanaan transformasi digital yang bertujuan mendigitalkan aktiviti birokrasi, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Informatik (Kominfo) Nezar Patria, lapor Agensi Berita Indonesia (Antara).
Kementerian Kesihatan Kemboja mengingatkan orang ramai untuk tidak memakan ikan buntal selepas tujuh orang dimasukkan ke hospital di wilayah Kampong Chhnang minggu ini, lapor Xinhua.
Pada Mac lalu, lelaki paling kaya di Asia, Mukesh Ambani menganjurkan pesta besar-besaran sempena mendekati tarikh perkahwinan anak lelakinya. Keraian itu berlangsung selama tiga hari dengan kehadiran sejumlah 1,200 tetamu.