Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 4, 2024 23:55 MYT
Julai 4, 2024 23:55 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 4 Julai 2024.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden "sama sekali tidak" mempertimbangkan untuk berundur daripada bertanding pada Piihan Raya Presiden negara itu pada 5 November depan, kata Setiausaha Akhbar White House, Karine Jean-Pierre.
Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menyedari beliau "tersasar" semasa debat Presiden CNN minggu lalu, sambil mengakui "telah membuat kesilapan."
Kementerian Kesihatan Israel melaporkan tiga lagi kematian akibat demam Nil Barat pada Rabu, meningkatkan jumlah kematian dalam wabak itu kepada 11, lapor Xinhua.
Kabinet baharu Mesir mengangkat sumpah di hadapan Presiden Abdel-Fattah al-Sisi, di Istana Al-Ittihadiya di ibu negara Mesir, Kaherah, pada Rabu, lapor Xinhua, memetik stesen televisyen kerajaan Nile TV.
Polis Korea Selatan melakukan siasatan selepas peluru hidup ditemukan di dalam bagasi tangan seorang pramugari Korean Air semasa pemeriksaan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.
Thailand menerima kedatangan 17.5 juta pelancong asing dan menjana pendapatan kira-kira 825.541 bilion baht (RM106.22 bilion) bagi separuh pertama tahun ini.
Majlis Etika Organisasi Pilihan Raya (DKPP) Indonesia telah memecat Hasyim Asy'ari daripada jawatannya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU), atas tuduhan melanggar etika profesional.
India dan China telah bersetuju untuk memperkukuh mesyuarat di peringkat diplomatik dan ketenteraan bagi menyelesaikan baki pertikaian wilayah di kawasan sempadan, kata Menteri Luar India Subrahmanyam Jaishankar.
Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) pada Rabu berkata lebih daripada 200,000 orang akan terjejas oleh Hurikan Beryl yang sedang melanda tenggara Caribbean, lapor Agensi Anadolu.
Seorang wanita Indonesia berusia 30 tahun maut selepas ditelan ular sawa sepanjang enam meter di Daerah Luwu, Sulawesi Selatan.