Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 3, 2024 23:57 MYT
Julai 3, 2024 23:57 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 3 Julai 2024.
Sekurang-kurangnya 116 orang maut dihimpit dalam perhimpunan agama Hindu yang sesak di utara India pada Selasa, kata pegawai kerajaan, iaitu tragedi yang disifatkan paling teruk dalam lebih sedekad.
Kebanyakan mangsa rempuhan di sebuah perhimpunan keagamaan Hindu di negeri Uttar Pradesh, utara India pada Selasa adalah wanita, menurut senarai kematian.
China dan Filipina mengadakan mesyuarat kesembilan berhubung Mekanisme Perundingan Dua Hala (BCM) di Laut China Selatan di sini, pada Selasa.
Naib Presiden Venezuela, Delcy Rodriguez dihempap pokok tumbang semasa Taufan Beryl melanda negara itu, menurut Agensi Berita Jerman (dpa).
Kempen pemilihan semula Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden telah mencatat rekod dengan mengumpulkan AS$38 juta (RM180 juta) dalam empat hari sejak debat presiden pertama yang menimbulkan kebimbangan meluas mengenai kemampuan kognitif Biden, lapor Sputnik, memetik The Washington Post pada Selasa.
Kerajaan baharu Belanda secara rasmi mengangkat sumpah pada Selasa di Istana Huis ten Bosch di sini, lebih 220 hari selepas pilihan raya umum pada November lepas.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan arahan Israel untuk penduduk Palestin berpindah dari kawasan Khan Younis dan Rafah adalah perintah terbesar seumpamanya di Semenanjung Gaza sejak 1.1 juta orang diarahkan meninggalkan utara wilayah tersebut pada bulan Oktober.
Sekurang-kurangnya tiga cedera termasuk seorang remaja berusia 16 tahun selepas sebuah van pengangkutan awam merempuh landasan kereta api di Lima, Peru pada Selasa.
Insiden yang berlaku ke atas Air Europa menimbulkan kebimbangan terhadap pesawat keluaran Boeing ekoran beberapa kejadian buruk yang melanda kebelakangan ini.
Tumpuan antarabangsa kali ini kepada pilihan raya umum United Kingdom (UK) yang dijadualkan esok (4 Julai) walaupun secara amnya, Januari 2025 dilihat sebagai masa yang sesuai untuk diadakan pilihan raya berkenaan.