Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 2, 2024 23:44 MYT
Julai 2, 2024 23:44 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 2 Julai 2024.
Sekurang-kurangnya 30 penumpang cedera dalam insiden gelora udara semasa penerbangan dari Sepanyol ke Uruguay pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa), memetik Air Europa.
Sekurang-kurangnya sembilan orang maut dan empat lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di pusat bandar Seoul pada Isnin, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan polis.
Penduduk di beberapa kawasan kejiranan di timur Khan Younis, selatan Gaza, berkata mereka telah menerima mesej audio dari Israel yang mengarahkan untuk meninggalkan rumah mereka.
Jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan kesukaran dihadapi badan dunia itu, untuk menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengakui bahawa rejimnya semakin hampir mencapai matlamat untuk memusnahkan keupayaan ketenteraan Hamas.
Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) pada Isnin memutuskan bahawa bekas Presiden AS, Donald Trump, boleh menuntut kekebalan daripada pendakwaan atas tuduhan mensubversikan pilihan raya yang berkaitan dengan tindakan rasminya sebagai Presiden, walaupun dia masih boleh menghadapi pendakwaan untuk tindakan tidak rasmi.
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese menolak jemputan ke sidang kemuncak NATO yang akan diadakan pada minggu depan di Washington, lapor Xinhua.
Australia pada Isnin mengumumkan yuran bagi pelajar antarabangsa yang memohon untuk melanjutkan pengajian di negara itu kini dinaikkan kepada AU$1,600 (AS$1,064.7) meningkat berbanding AU$710 (AS$472.4) sebelum ini.
Seorang lelaki terkaya Kazakhstan telah menafikan salah laku selepas menganjurkan parti di atas kapal layar mewah yang disyaki menyebabkan kebakaran hutan ekoran pertunjukan bunga api.
Persatuan Badminton Indonesia (PBSI) memohon maaf di atas kematian pemain muda China, Zhang Zhi Jie, 17, selepas rebah semasa perlawanan di Kejohanan Badminton Remaja Asia (AJC) 2024 di Dewan Sukan Amongrogo, di sini, Ahad lalu.