Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 1, 2024 23:56 MYT
Julai 1, 2024 23:56 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 Julai 2024.
Parti haluan kanan National Rally (RN) yang diterjaui Marine Le Pen, dilaporkan mendahului dalam pusingan pertama pilihan raya awal Perancis, berdasarkan tinjauan pendapat.
Khabar duka kem badminton China apabila pemain perseorangan, Zhang Zhi Jie meninggal dunia ketika menyertai Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) di Yogyakarta, Indonesia malam tadi.
Pihak berkuasa imigresen China pada Isnin mengumumkan satu langkah baharu yang akan memudahkan penduduk tetap bukan Cina di Hong Kong dan Macao untuk melakukan perjalanan ke tanah besar China.
Jambatan Shenzhen-Zhongshan, sebuah laluan mega merentasi laut di selatan China yang mempunyai dua jambatan, dua pulau buatan dan terowong bawah laut, dibuka untuk lalu lintas pada 3 petang Ahad.
Korea Selatan akan mewujudkan kementerian baharu bagi menangani kadar kelahiran rendah dan isu penuaan penduduk yang menjadi antara cabaran terbesar negara, kata pegawai pada Isnin.
Seorang wanita maut manakala 18 lagi termasuk lapan anggota polis cedera dalam letupan bom kereta di Yala, selatan Thailand pada awal pagi Ahad.
Ketibaan pelancong asing ke Indonesia mencecah 5.2 juta dari Januari hingga Mei 2024, angka tertinggi yang direkodkan sejak bermulanya pandemik COVID-19 pada 2020.
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) akan mengadakan sesi khas pada Selasa bagi menangani situasi kemanusiaan di Gaza, dengan tumpuan kepada usaha pembinaan semula di wilayah itu.
Sekurang-kurangnya 43 rakyat Palestin terbunuh dan 111 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lalu ketika rejim Israel melakukan tiga lagi serangan di Gaza, menurut sumber perubatan.
Hospital, pusat perubatan dan stesen oksigen di Semenanjung Gaza mungkin ditutup dalam masa 48 jam kerana kekurangan bahan api yang diperlukan untuk menghidupkan generator, kata Kementerian Kesihatan di wilayah itu pada Ahad,
#Astro Awani
#Asia
#bom
#Gaza
#Hong Kong
#Imigresen
#Indonesia
#Palestin
#pelancong
#pilihan raya
#UNSC