Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 28, 2024 15:56 MYT
Jun 28, 2024 15:56 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 28 Jun 2024.
Peningkatan sokongan antarabangsa untuk Palestin mencerminkan penerimaan dan sokongan global untuk hak rakyat Palestin, kata Dekan Majlis Duta Arab di Kuala Lumpur (AACKL), Dr Adel Mohamed Ali Ba Hamid.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa sedih yang mendalam atas pemergian Prof Chaiwat Satha-Anand, seorang peguam bela keamanan terkenal dan pengasas Pusat Maklumat Keamanan Thailand (TPIC).
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong mahu mengukuhkan hubungan dan memastikan lebih banyak projek menang-menang dengan Malaysia, sempena ulang tahun ke-100 Tambak Johor.
Satu gempa bumi kuat berukuran 6.8 pada skala Richter dikesan berlaku berhampiran pantai Peru pada 1.36 tengah hari tadi.
Sekurang-kurangnya tiga terkorban dan puluhan cedera dalam kemalangan jalan raya di selatan Peru susulan pertembungan dua buah bas awal pagi Khamis.
Sekurang-kurangnya dua penumpang terbunuh dan puluhan cedera dalam kejadian kereta api tergelincir di utara Rusia, kata pengendali kereta api negara itu pada Khamis, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Pihak berkuasa imigresen Indonesia telah menahan 103 warga asing yang disyaki menyalahgunakan permit izin tinggal dan terlibat dalam jenayah siber semasa operasi penguatkuasaan di pulau percutian Bali, kata ketua pengarah Imigresen, Silmy Karim.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan bekas presiden Donald Trump akan berdepan satu lawan satu dalam Debat Presiden di Atlanta, Georgia hari ini (Jumaat).
Calon Presiden Republikan Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membidas kenyataan Presiden Joe Biden mengenai siapa yang lebih baik dalam mengurus ekonomi negara.
Dua panda gergasi, Yun Chuan dan Xin Bao tiba di California dari China pada Khamis untuk kerjasama 10 tahun dengan Zoo San Diego, menandakan fasa baharu dalam usaha perlindungan panda antara China dan Amerika Syarikat (AS).