Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Jun 24, 2024 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 24 Jun 2024.
1. 15 anggota polis terbunuh dalam serangan di selatan Rusia
Sekurang-kurangnya 15 anggota polis dilaporkan terbunuh dalam beberapa siri serangan di Republik Dagestan, selatan Rusia, lapor Xinhua.
2. Konflik Israel dengan Hamas akan berakhir, namun perang diteruskan, kata Benjamin Netanyahu
Benjamin Netanyahu menegaskan, fasa pertempuran sengit antara tentera Israel dan pasukan pejuang dari Palestin, Hamas di Semenanjung Gaza akan berakhir.
3. Setiap orang di Gaza punyai kisah ngeri - Wakil Khas Wanita PBB
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Wanita di Palestin, Maryse Guimond berkata bahawa seluruh keluarga maut dalam serangan Israel di Gaza.
4. 1,301 jemaah meninggal dunia pada musim haji tahun ini - Arab Saudi
Pemerintah Arab Saudi pada Ahad memaklumkan, seramai lebih 1,300 jemaah meninggal dunia semasa mengerjakan ibadah itu pada tahun ini - dengan "banyak kes" kematian akibat suhu panas melampau dan perjalanan "tidak dibenarkan" menyumbang lebih empat daripada lima kematian.
5. India siap sedia tangani banjir besar susulan gelombang haba
India sedang mengambil langkah untuk mengurangkan kesan banjir yang dijangka berlaku selepas ketibaan musim monsun susulan gelombang haba teruk musim panas ini yang menyebabkan kehilangan nyawa.
6. Kebakaran hutan musnahkan Taman Negara Bromo Tengger Semeru Indonesia
Kebakaran hutan telah memusnahkan sekurang-kurangnya 50 hektar tanah di Taman Negara Bromo Tengger Semeru di Jawa Timur sejak 18 Jun lalu, menurut Badan Pengurusan Bencana Negara (BNPB).
7. Parlimen North Macedonia lantik Mickoski sebagai perdana menteri baharu
Ahli Parlimen North Macedonia pada Ahad melantik ketua parti VMRO-DPMNE Hristijan Mickoski sebagai perdana menteri yang baharu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
8. 10 parti politik Afrika Selatan setuju bentuk kerajaan perpaduan nasional
Sepuluh parti politik di Afrika Selatan telah mencapai persetujuan untuk membentuk kerajaan perpaduan nasional, kata parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) pada Ahad, lapor Sputnik.
9. Parti Konservatif UK hadapi dakwaan skandal pertaruhan, tambah tekanan kepada Sunak
Parti Konservatif United Kingdom menghadapi beberapa dakwaan bahawa ahli-ahli tertinggi parti itu membuat pertaruhan ke atas tarikh pilihan raya umum, yang dijadualkan pada 4 Julai dan menambahkan tekanan kepada Perdana Menteri Rishi Sunak yang sedang berusaha untuk mengembalikan kepercayaan rakyat.
10. Australia siasat Batik Air 737 terbang di bawah altitud minimum
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) telah membuka siasatan terhadap pesawat Boeing 737-800 Batik Air Indonesia yang disyaki terbang di bawah altitud minimum.
#Rishi Sunak #Benjamin Netanyahu #berita pilihan #antarabangsa
;