Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 21, 2024 15:59 MYT
Jun 21, 2024 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Jun 2024.
Thailand secara rasmi telah menghantar surat hasrat untuk menyertai organisasi antara kerajaan yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, yang dikenali dengan akronim BRICS, kata jurucakap Kementerian Luar Nikorndej Balankura.
Majlis Perlembagaan Perancis menolak semua bantahan terhadap penjadualan saat-saat akhir pilihan raya parlimen dalam keputusan pada Khamis.
Lebih lapan bulan selepas perang di Gaza bermula, kempen ketenteraan darat dan udara Israel terus mengganas.
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) mengumumkan bahawa salah satu pasukan pentadbiran telah tiba di Gaza pada Khamis untuk membantu mengaktifkan semula perkhidmatannya.
Bantuan kemanusiaan berupa bekalan daging sebanyak 11 tan telah tiba di Tebing Barat.
Banjir di sebahagian kawasan timur laut Sylhet, Bangladesh akibat aliran air deras dari hulu sungai yang disertai hujan lebat telah menjejaskan jutaan orang dan memaksa puluhan ribu orang berpindah.
Amerika Syarikat hari ini mengharamkan penjualan semua aplikasi keluaran Kasperksy Lab atas sebab-sebab keselamatan.
Presiden Rusia Vladimir Putin berkata pada Khamis bahawa Korea Selatan membuat kesilapan besar jika meneruskan rancangan untuk membekalkan senjata ke Ukraine.
Ubat diabetes palsu telah diedarkan di seluruh dunia sejak 2022, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran dalam satu kenyataan pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kumpulan perniagaan di Indonesia menyifatkan Sidang Kemuncak Malaysia-China (MCS) 2024 sebagai aspek penting untuk meningkatkan perdagangan dan kerjasama, justeru sedang mengatur delegasi bagi sidang kemuncak berkenaan pada akhir tahun ini di Kuala Lumpur.