Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 19, 2024 23:59 MYT
Jun 19, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Jun 2024.
Naib Presiden Filipina, Sara Duterte, pada Rabu telah meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Pendidikan negara itu, lapor Xinhua yang memetik kenyataan Setiausaha Pejabat Komunikasi Presiden, Cheloy Garafil.
Israel melancarkan serangan besar-besaran di kebanyakan tempat di Gaza pada hari ketiga Aidiladha, menyebabkan ramai penduduk Palestin terbunuh dan cedera, menurut sumber tempatan.
Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte, penyokong kuat Kiev dan pengkritik Presiden Rusia Vladimir Putin, dilaporkan akan menggantikan Jens Stoltenberg sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Atlantik Utara (NATO).
Sekurang-kurangnya empat maut dan 120 lagi cedera dalam kejadian gempa bumi di daerah Kashmar wilayah Razavi Khorasan di timur Iran, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita IRNA.
Gunung Merapi antara gunung berapi paling aktif di Jawa Tengah dan Yogyakarta baru-baru ini memuntahkan lava dan aliran piroklastik sehingga 1.5 kilometer dari puncak.
Indonesia sedang dalam proses pembinaan benteng pasang surut sepanjang 3.6 kilometer di Semarang, Jawa Tengah, dengan peruntukan 386 bilion rupiah atau kira-kira RM111 juta.
Itali dijangka mengalami gelombang haba dalam beberapa hari akan datang, dengan suhu mencapai hampir 40 darjah Celsius mulai Rabu, ramal ahli meteorologi pada Selasa, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Agensi cuaca Korea Selatan pada Rabu mengeluarkan nasihat gelombang haba ketika suhu meningkat di seluruh negara.
Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) Amerika Syarikat telah merujuk aduan terhadap aplikasi popular TikTok dan syarikat induknya ByteDance kepada Jabatan Kehakiman atas dakwaan gagal melindungi privasi kanak-kanak, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
NVIDIA pagi ini melangkaui Microsoft untuk menjadi syarikat dengan nilai pasaran tertinggi dunia.