Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 15, 2024 23:54 MYT
Jun 15, 2024 23:54 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Jun 2023.
Puteri Wales, akan membuat penampilan umum pertamanya tahun ini dengan menyertai keluarganya di Trooping the Colour, satu perarakan tahunan tentera di London, lapor PA Media/dpa.
Serpihan sebuah pesawat jet peribadi yang hilang akibat cuaca salji ekstrem selama lebih 53 tahun selepas membawa lima lelaki telah berjaya ditemui di dasar Tasik Champlain, Vermont baru-baru ini.
Hampir 10,000 penduduk bandar Tokunoshima di wilayah Kagoshima, barat daya Jepun dipindahkan akibat ancaman tanah runtuh susulan hujan lebat, menurut pihak berkuasa, lapor Sputnik.
Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat Indonesia telah melancarkan kempen besar-besaran terhadap perjudian dalam talian, menyekat sebanyak 2,945,150 laman sesawang perjudian dari Julai 2023 hingga 13 Jun 2024.
TAHUN ini, Sheikh Maher bin Hamad Al-Muaiqly, Imam Besar Masjidil Haram, Makkah, diberi tanggungjawab untuk menyampaikan khutbah Arafah pada hari ini.
Gergasi media sosial Meta menangguhkan pelancaran perisian kecerdasan buatan (AI) terbarunya di Eropah berikutan kebimbangan daripada agensi perlindungan data, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pasangan berasal dari Brazil yang dinobatkan individu terpendek di dunia oleh Guinness World Record (GWR) melangsungkan perkahwinan mereka baru-baru ini.
Indonesia bersedia untuk menutup platform media sosial X jika ia tidak mematuhi peraturan yang menghalang kandungan lucah, kata menteri komunikasi negara itu pada Jumaat.
Ahli Parlimen Afrika Selatan pada Jumaat malam memilih semula Cyril Ramaphosa sebagai presiden negara itu untuk penggal kedua semasa sidang pertama badan perundangan, lapor Agensi Anadolu.
Ketegangan memuncak antara Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni, dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, semasa sidang kemuncak G7 di Itali akibat perselisihan mengenai isu pengguguran kandungan, lapor Agensi Anadolu memetik media Itali.