Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Jun 14, 2024 23:52 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 Jun 2023.
1. Isu kemanusiaan di Gaza jadi perhatian mesyuarat Liga Dunia Islam
Dr. Al-Issa menekankan peranan kritikal media dalam mendedahkan kebenaran tentang tragedi di Gaza.
2. Lebih 31,000 jemaah haji Malaysia sertai jutaan umat Islam bergerak ke Arafah
Seramai 31,600 jemaah haji Malaysia musim 1445H/2024M mula menyertai jutaan umat Islam keluar dari Makkah untuk ke Arafah.
3. Lebih 842,000 kenderaan dijangka keluar dari metro Jakarta sempena Aidiladha
Peningkatan aliran keluar trafik dijangka 25.53 peratus berbanding trafik biasa, mencapai jumlah keseluruhan 670,913 kenderaan.
4. 2,500 penduduk Gaza tidak dapat tunai haji akibat penutupan laluan Rafah
Perang berterusan di Gaza dan pendudukan Israel di laluan Rafah menghalang 2,500 rakyat Palestin daripada menunaikan ibadah haji tahun ini.
5. Krisis kemanusiaan di Palestin: Tragedi era moden - Muhammed
Muhammed berkata masyarakat Islam perlu bersatu membela nasib rakyat dan menyuarakan isu Palestin.
6. Lawatan kerja ke Turkiye capai matlamat, bermanfaat untuk negara - Mohamed Khaled
Beliau berkata hasil lawatan itu dapat mengukuhkan lagi hubungan pertahanan antara kedua-dua negara.
7. Terbuka Australia: Lee Zii Jia mara ke separuh akhir, tundukkan Kenta Nishimoto
Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, berjaya menundukkan Kenta Nishimoto dari Jepun dengan mata 2-1 dalam aksi Terbuka Australia BWF di Sydney.
8. Paris 2024: Nadal sah tidak sertai Wimbledon untuk fokus pada Olimpik
Pemenang 22 gelaran utama itu akan bertanding dalam acara perseorangan lelaki dan beregu lelaki, di gelanggang tanah liat Roland-Garros.
9. Pemain Itali tak boleh sentuh PlayStation
Jurulatih berusia 65 tahun dilaporkan melarang pemain Gli Azzurri bermain konsol PlayStation termasuk selepas waktu tengah malam.
10. Mourinho ramal Portugal julang trofi Euro
Perlawanan pembukaan Euro 2024 menyaksikan tuan rumah, Jerman berdepan Scotland dalam saingan Kumpulan A.
#Israel #Lee Zii Jia #Haji #Gaza #Olimpik #Palestin #Paris
;