Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 13, 2024 23:55 MYT
Jun 13, 2024 23:55 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Jun 2024.
Kenderaan elektrik Lucid buatan Arab Saudi yang pertama, dilengkapi dengan dron dan teknologi kecerdasan buatan, dipamerkan di Hab Media Mekah pada Rabu.
Pengerusi Hal Ehwal Agama Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengumumkan pada Rabu bahawa khutbah Arafah bakal diterjemahkan dalam 50 bahasa.
Perkhidmatan teksi udara elektrik, yang pertama seumpamanya di dunia, akan digunakan secara eksperimen untuk pengangkutan jemaah antara tapak suci Mina, Muzdalifah dan Arafah untuk haji tahun ini.
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengekalkan kadar faedahnya iaitu antara 5.25 dan 5.5 peratus ketika ini, sekali gus menafikan langkah pemotongan kadar sedia ada.
5. Malaysia, AS setuju keutamaan gencatan senjata untuk tindak balas kemanusiaan yang berkesan di Gaza
Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bersetuju bahawa gencatan senjata adalah penting supaya sebarang penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dapat dilakukan secara berkesan, menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar (Wisma Putra) , pada Rabu.
MALAYSIA komited dengan peranannya sebagai fasilitator proses dialog damai di selatan Thailand, kata Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, Bong Yik Jui.
THAILAND dijangka memulakan projek pembinaan jambatan kedua, yang dikenali sebagai Jambatan Kembar, di Rantau Panjang-Sungai Golok pada April 2025.
Singapura menyokong penuh Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada tahun hadapan, kata Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong sambil beliau menyatakan kesediaan untuk bekerjasama ke arah ASEAN yang lebih kukuh dan bersepadu.
Puluhan pekerja India terbunuh dan ramai lagi cedera dalam kebakaran sebuah bangunan kediaman di Kuwait pada Rabu.
Suruhanjaya Eropah pada Rabu berkata ia secara sementara memutuskan untuk mengenakan duti tambahan ke atas import kenderaan elektrik China mulai Julai jika perbincangan dengan pihak China tidak menghasilkan penyelesaian yang berkesan, lapor Sputnik.
#Astro Awani
#Amerika Syarikat
#Arab Saudi
#ASEAN
#Bangkok
#China
#EU
#EV
#Gaza
#gencatan senjata
#India
#kecerdasan buatan
#teksi
#Singapura
#Thailand
#Wisma Putra
#Haji