Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 7, 2024 15:52 MYT
Jun 7, 2024 15:52 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Jun 2024.
Lebih 1.2 juta jemaah haji dari seluruh dunia telah tiba di Arab Saudi setakat ini bagi musim haji 1445H
Dua lagi jemaah haji Malaysia, seorang lelaki dan wanita meninggal dunia minggu ini, menjadikan keseluruhan empat jemaah haji negara meninggal dunia setakat ini.
Seramai 135 petugas Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) terkorban dalam operasi ketenteraan Israel di Gaza sejak 7 Oktober 2023.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk serangan Israel ke atas sebuah sekolah PBB di Gaza yang menyebabkan puluhan maut.
Rejim Zionis sekali lagi berdalih dengan mengatakan serangan ke atas sebuah sekolah di Gaza pada Khamis dilakukan setelah risikan menunjukkan bahawa tiada wanita dan kanak-kanak di dalam bilik darjah.
Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan pada Khamis bahawa mereka memutuskan untuk memperluaskan bantuan makanan kecemasan dan pemakanan di Sudan dengan segera.
Parti pemerintah Afrika Selatan, African National Congress (ANC), telah bersetuju untuk membentuk kerajaan perpaduan nasional selepas kehilangan majoriti dalam pilihan raya minggu lepas, umum Presiden Cyril Ramaphosa.
Malaysia dan China menyatakan persefahaman untuk mendalami secara saintifik cadangan Kerangka Keselamatan Nasional yang diunjurkan memberi kelebihan kepada kedua-dua negara selain memanfaatkan negara serantau dan global.
Pelancaran keempat kapal angkasa Starship ke angkasa telah dilakukan SpaceX dari Boca Chica Texas sebentar tadi dan akhirnya kapal angkasa ini berjaya memenuhi kesemua keperluan misi Integrated flight test 4 (IFT-4).
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) memilih lima lagi negara untuk menganggotai Majlis Keselamatan bagi tempoh dua tahun bermula 1 Januari 2025.