Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 6, 2024 15:55 MYT
Jun 6, 2024 15:55 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Jun 2024.
Sepanyol putuskan untuk sertai kes genosid terhadap Israel di ICJ
Sekurang-kurangnya 30 warga Palestin maut, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita manakala puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah sekolah yang menempatkan penduduk kehilangan tempat tinggal di kem Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza.
13 penunjuk perasaan pro-Palestin ditahan pihak berkuasa di Universiti Standford, California pada pagi Rabu setelah mereka cuba mengepung bangunan kampus.
Paris akan mengetatkan langkah keselamatan sepanjang beberapa hari akan datang berikutan lawatan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden ke negara itu sempena ulang tahun ke-80 pendaratan D-Day tentera Berikat, kata prefektur polis Paris pada Rabu, lapor Sputnik.
Cuaca panas melampau di Modesto, California memaksa pemilik anjing mengatasi situasi itu dengan membawa haiwan peliharaan mereka ke taman dan berkumpul di tempat teduh pada Rabu.
Pasukan pejuang Houthi dari Yaman melaksanakan operasi ketenteraan menyerang tiga kapal di Laut Merah dan Laut Arab.
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan 4,000 terjejas akibat banjir di Casanare, Colombia.
Timbalan Perdana Menteri New Zealand merangkap Menteri Luar Winston Peters dijangka tiba di Malaysia pada Khamis (6 Jun), sebagai sebahagian daripada lawatan beliau ke empat negara Asia Tenggara.
Thailand menyasarkan untuk menjana hasil pelancongan sebanyak 3 trilion Baht (RM386 bilion) pada 2024, berikutan pencapaian tahun lepas sebanyak 1.2 trilion Baht.
Polis Republik Indonesia (Polri) mendedahkan bahawa rakan sejawat mereka dari Thailand kini sedang melancarkan operasi besar-besaran untuk menangkap raja dadah Indonesia, Fredy Pratama yang dipercayai bersembunyi di dalam hutan Thailand.