Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 31, 2024 15:51 MYT
Mei 31, 2024 15:51 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 31 Mei 2024.
Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia, pada Rabu lepas.
China bersetuju untuk melanjutkan tempoh pengecualian visa pelancong Malaysia dari 15 ke 30 hari, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Nabil Abu Rudeineh, jurucakap Presiden Palestin Mahmoud Abbas, memuji kenyataan bersama China-Arab yang dikeluarkan pada Persidangan Menteri ke-10 Forum Kerjasama China-Negara Arab di Beijing pada Khamis.
Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian menggesa Majlis Keselamatan PBB untuk mencegah jutaan lagi orang mangsa perang, keganasan dan penganiayaan daripada menjadi pelarian.
Kumpulan Hamas memberitahu tidak akan mengambil bahagian dalam rundingan gencatan senjata ketika Gaza terus dibedil Israel.
Seorang warga Palestin berusia 20 tahun terbunuh dalam serbuan dilakukan polis Israel di bandar Al-Bireh di Tebing Barat pada Khamis.
Amerika Syarikat (AS) sifatkan draf resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) yang dikemukakan Algeria sebagai tidak adil.
Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump disabitkan kesalatan atas semua 34 dakwaan memalsukan rekod perniagaan.
Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam kemalangan sebuah bas di wilayah Jammu dan Kashmir pada Khamis.
Thailand mengeluarkan senarai 93 negara yang dikecualikan visa, dalam usahanya untuk merancakkan lagi sektor pelancongan.