Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 29, 2024 15:57 MYT
Mei 29, 2024 15:57 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 Mei 2024.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri China, Li Qiang di Rumah Tamu Negara Diaoyutai di Beijing hari ini.
Singapura bersedia untuk bekerjasama rapat dengan Malaysia dalam menyokong Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun depan.
Ireland secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin dan menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mendengar suara masyarakat antarabangsa dan menghentikan malapetaka kemanusiaan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Menteri Pertama Scotland, John Swinney berpendapat, United Kingdom (UK) perlu mengikut langkah Ireland, Sepanyol dan Norway untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.
Amerika Syarikat (AS) pada Selasa berkata mereka sedang memantau dengan teliti siasatan ke atas serangan udara tragis dan terkutuk rejim Israel sehingga membawa maut.
Majlis Bandar Raya di ibu negara Iran, Tehran telah memutuskan untuk menamakan dua jalan dan sebuah lebuh raya sempena Presiden Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Hossein Amirabdollahian, yang terbunuh dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Dua orang terbunuh dan seorang cedera pada Selasa apabila pesawat kecil mereka terhempas di Santa Rosa, wilayah pantai selatan El Oro, Ecuador, kata Direktorat Jeneral Penerbangan Awam.
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat terhempas berhampiran University dan Rio Bravo, New Mexico pada Selasa.
Ribut dan tanah runtuh akibat hujan yang dicetuskan oleh Siklon Remal telah mengorbankan sekurang-kurangnya 32 orang dan mencederakan ramai lagi di Bengal Barat dan empat negeri timur laut India, kata pegawai pada Selasa, menurut Xinhua.
Ribuan pelajar di selatan Brazil tidak dapat belajar selepas bencana banjir besar menenggelamkan beberapa buah sekolah dengan sebahagian besar sekolah pula dijadikan tempat perlindugan mangsa banjir.