Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 28, 2024 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 28 Mei 2024.
1. Siklon Remal: Wisma Putra pantau impak di India, Bangladesh
Kementerian Luar Negeri, melalui Suruhanjaya-Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka dan New Delhi, sedang memantau rapat impak susulan Siklon Remal, yang melanda persisiran pantai Bangladesh dan Bengal Barat, India pada 26 Mei 2024.
2. Konflik di Asia Barat tidak dapat diselesaikan tanpa pengiktirafan negara Palestin - Slovakia
Konflik di Asia Barat tidak dapat diselesaikan tanpa pengiktirafan terhadap kedaulatan negara Palestin, kata Menteri Luar dan Hal Ehwal Eropah Slovakia, Juraj Blanar selepas sesi Majlis Hal Ehwal Luar Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin.
3. EU kecam Israel langgar keputusan ICJ
Ketua Dasar Luar Blok Kesatuan Eropah (EU), Joseph Borrell mengecam keras Israel yang bertindak meneruskan serangan ketenteraan di selatan Gaza walaupun keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah pun dikeluarkan.
4. Setiausaha Agung PBB kecam serangan Israel di Rafah
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengutuk pengeboman Israel ke atas kem pemindahan Rafah.
5. Dunia protes, kutuk, kecam serangan Israel ke atas Rafah
Beberapa negara dan pertubuhan global telah mengutuk serangan udara Israel ke atas tapak perkhemahan di bandar paling selatan Gaza, Rafah yang menempatkan rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal.
6. 'Serangan ke atas Rafah satu kesilapan tragis' - Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengakui tindakan tenteranya adalah satu kesilapan selepas rejim Zionis itu melakukan serangan udara di Rafah, selatan Gaza yang mengorbankan puluhan nyawa rakyat Palestin.
7. 'Israel tidak tahu malu' - Pemimpin kanan Hamas
Serangan rejim Zionis ke atas Rafah pada Ahad lalu jelas menunjukkan kerajaan pimpinan Benjamin Netanyahu ingkar keputusan mahkamah dunia.
8. NATO tetap komited elak pertembungan langsung dengan Rusia berhubung Ukraine
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tetap komited untuk mengelakkan pertembungan langsung dengan Rusia berhubung Ukraine dan ini kekal sebagai matlamat utama, lapor Sputnik, memetik Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg pada Isnin.
9. Budak lapan tahun dinobat juruvideo dron termuda dunia
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dianugerahkan sebagai juruvideo dron termuda di dunia dalam anugerah Festival Filem Antarabangsa AZSDroneFest baru-baru ini, lapor portal UPI.com.
10. Ireland secara rasmi iktiraf negara Palestin
Ireland secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin dan menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mendengar suara masyarakat antarabangsa dan menghentikan malapetaka kemanusiaan di Semenanjung Gaza.
#berita pilihan #berita luar negara #berita antarabangsa #Berita AWANI