Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 27, 2024 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 Mei 2024.
1. PM Mohammad Mustafa sokong tindakan berani tiga negara iktiraf Palestin
Perdana Menteri Palestin Mohammad Mustafa pada Ahad memuji keputusan berani yang diambil Sepanyol, Ireland dan Norway untuk mengiktiraf negara itu.
2. Penyelesaian dua negara satu-satunya cara capai keamanan - Menteri Luar Sepanyol
Menteri Luar Sepanyol Jose Manuel Albares Bueno berkata penyelesaian dua negara adalah satu-satunya cara untuk memastikan keamanan masa depan.
3. Israel sahkan serangan di Rafah, dakwa sasaran di lokasi penempatan Hamas
Tentera Israel mengumumkan pihaknya telah melakukan serangan tepat ke atas kawasan kem pejuang Hamas di bandar selatan Gaza, Rafah pada Ahad.
4. Lebih 300 juta kanak-kanak hadapi penderaan seksual dalam talian setiap tahun
Lebih 300 juta kanak-kanak setahun menjadi mangsa eksploitasi dan penderaan seksual dalam talian, menurut kajian.
5. Dua anggota bomba maut, 173 penghuni pangsapuri terperangkap dalam kebakaran di Taiwan
Kebakaran kompleks pangsapuri di Bandar Hsinchu telah mengorbankan dua anggota bomba manakala 173 penduduk masih terperangkap, lapor Agensi Berita Pusat (CNA) memetik pihak berkuasa tempatan.
6. 2 terkorban, ratusan ribu dipindahkan ketika taufan landa pantai Bangladesh
Pihak berkuasa di Bangladesh telah memindahkan ratusan ribu penduduk ke tempat selamat apabila siklon tropika di Teluk Bengal melanda pantai selatan negara itu.
7. Angka kematian akibat taufan, puting beliung di AS cecah 18 orang
Bilangan yang terkorban akibat taufan dan puting beliung di empat negeri Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada 18 orang termasuk kanak-kanak.
8. Korban banjir di Brazil meningkat kepada 169 orang
Hujan lebat dan banjir yang melanda negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil telah meragut 169 nyawa sejak ribut melanda negeri itu pada 29 April.
9. Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Kepulauan Tonga - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Tonga pada 4.47 pagi tadi.
10. Penyelesaian dua negara mesti dikekalkan - Arab Saudi
Penyelesaian dua negara bagi konflik Israel-Palestin "mesti dikekalkan," kata Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal bin Farhan bin Abdullah pada satu sidang media di Brussels.
#berita pilihan #berita antarabangsa #berita luar negara #Berita AWANI