Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 24, 2024 23:56 MYT
Mei 24, 2024 23:56 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Mei 2024.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada kerajaan Ireland, Norway dan Sepanyol selepas ketiga-tiga negara itu akan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.
Malaysia4Palestine merupakan saluran sementara selama 24 jam yang didedikasi untuk mengetengahkan krisis kemanusiaan di Palestin.
Sebuah pentas perhimpunan kempen pilihan raya di Mexico runtuh pada Rabu, menyebabkan sembilan maut dan berpuluh lagi cedera susulan angin kencang.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), badan kehakiman tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), berkata bahawa ia akan mengeluarkan keputusan pada Sabtu ini berhubung permintaan Afrika Selatan untuk mengarahkan Israel menghentikan serangan di Gaza.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Hamidi hari ini melawat ibu pejabat Huawei di sini.
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin dan rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan di Jepun pada Khamis, bagi membincangkan peluang kerjasama dalam pelbagai bidang.
Staf Am Angkatan Bersenjata Iran telah mengeluarkan laporan pertama mengenai aspek dan sebab-sebab di sebalik kemalangan helikopter baru-baru ini yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan delegasinya.
Sebuah bangunan restoran runtuh di pantai Palma de Mallorca pada Khamis, menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan mencederakan 25 yang lain di lokasi pelancongan terkenal di Kepulauan Balearic, Sepanyol.
Waris Diego Maradona telah mengambil tindakan undang-undang di Perancis untuk menyekat penjualan kontroversi trofi 'Bola Emas' legenda bola sepak Argentina itu dari Piala Dunia Mexico 1986.
Keganasan tentera Zionis tidak berkesudahan dengan serangan terbaharu meragut 12 nyawa rakyat Palestin.