Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 23, 2024 23:59 MYT
Mei 23, 2024 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Mei 2024.
Malaysia menegaskan komitmennya untuk mengukuhkan kepimpinan dan kerjasama serantau dalam menghadapi cabaran global yang semakin meningkat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dari Jepun, Fumio Kishida pada Khamis.
Malaysia mengambil pendirian untuk tidak akan menyebelahi mana-mana pihak susulan ketegangan yang berlaku dalam hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
Duta Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Riyad Mansour menyambut baik keputusan Ireland, Norway dan Sepanyol pada Rabu untuk mengiktiraf negara Palestin, lapor Agensi Anadolu.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyifatkan negara-negara Eropah yang bertindak mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara ibarat memberi hadiah kepada keganasan.
Hospital Al-Awda di Jabalia di utara Semenanjung Gaza pada Khamis melaporkan bahawa tentera Israel menyerbu hospital tersebut dan memaksa kakitangan perubatannya meninggalkan premis selepas empat hari dikepung, menurut laporan Anadolu Agency (AA).
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak pada Rabu menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Seorang Ahli Parlimen (MP) dari parti pemerintah Bangladesh yang tiba di India untuk rawatan perubatan telah dibunuh di ibu negeri Bengal Barat, Kolkata.
Satu upacara perarakan jenazah Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan mangsa nahas helikopter pada Ahad lepas telah diadakan di ibu kota Iran, Tehran, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).