Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 19, 2024 23:59 MYT
Mei 19, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Mei 2024.
Sebanyak 5,000 unit artifak kebudayaan telah dipindahkan ke Muzium Negara Afghanistan sejak kerajaan sementara Afghanistan mengambil alih kuasa pada Ogos 2021, lapor Xinhua yang memetik pemangku Menteri Kebudayaan dan Penerangan, Mullah Khairullah Khairkhwa, pada Sabtu.
Sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh dan beberapa yang lain cedera pada Sabtu malam dalam serangan udara ganas Israel yang menyasarkan sebuah kompleks kediaman di utara kem pelarian Nuseirat, di tengah Semenanjung Gaza.
Eksport mi segera Korea Selatan melepas AS$100 juta buat kali pertama pada bulan lepas berikutan kepopularan budaya dan makanan Korea yang semakin meningkat, menurut data yang dikeluarkan pada Ahad.
Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian telah meninggal dunia di rumah di seluruh negara itu dari Januari hingga Mac, menurut laporan Xinhua.
Dakwaan rejim Israel bahawa penduduk Gaza boleh berpindah ke 'zon selamat' atau 'zon kemanusiaan' ialah satu pembohongan.
Enam orang terbunuh dan 10 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah trak pikap dan sebuah van mini di negeri Idaho, Amerika Syarikat, lapor Sputnik.
Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu telah menghantar pesawat bantuan pertama yang membawa 100 tan makanan, perubatan dan bantuan kemanusiaan untuk membantu mangsa banjir dan hujan lebat yang melanda Brazil baru-baru ini.
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik laporan Tolo News yang berpangkalan di Kabul.
Pentadbiran Benjamin Netanyahu terus berdepan tekanan susulan perpecahan dalam kalangan pemimpin Israel berhubung isu pentadbiran Semenanjung Gaza pasca peperangan.
Sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi dilaporkan terhempas di barat laut Iran pada Ahad.