Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 18, 2024 23:54 MYT
Mei 18, 2024 23:54 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 Mei 2024.
Kementerian Kesihatan Singapura memaklumkan negara itu sedang mengalami gelombang baharu COVID-19, dengan peningkatan kes jangkitan pada dua minggu lepas.
Korea Utara pada Sabtu berkata ia telah melancarkan peluru berpandu balistik taktikal yang dilengkapi dengan sistem navigasi "autonomi" baharu dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan senjatanya.
Tiada bekalan perubatan diterima di Semenanjung Gaza selama 10 hari ketika Israel meneruskan serangan ganas ke atas wilayah terkepung itu, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
Seorang penduduk Palestin terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada Jumaat.
Seniman tersohor dunia, Paul McCartney buat kali pertama disenaraikan sebagai pemuzik bilionair pertama United Kingdom dalam edisi Senarai Kekayaan 2024 yang diterbitkan pada Jumaat, lapor Sunday Times.
Pemain golf nombor satu dunia, Scottie Scheffler menyifatkan penahanannya pada pagi Jumaat sebagai "salah faham" sambil menambah dia sangat "terkejut" selepas apa yang berlaku.
Kerajaan Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia untuk merangsang sektor pelancongan kedua-dua negara dengan memperkenalkan "Projek ASEAN Drive Tourism."
Mahkamah Rayuan Madrid mengekalkan sabitan kesalahan menghina mahkamah terhadap penimbang tara Sulu Gonzalo Stampa, dalam kes tuntutan pihak mengaku waris Sulu ke atas Malaysia.
California terus menerajui Amerika Syarikat (AS) dalam jumlah kehilangan pekerjaan sejak awal tahun ini, lapor Xinhua, memetik laporan Jabatan Pembangunan Pekerjaan California pada Jumaat.