Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 14, 2024 23:50 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Mei 2024.
1. PM Anwar bertemu ketua Hamas, Ismail Haniyeh di Qatar
Dalam kesibukan memenuhi jadual padat sempena lawatan rasmi di Qatar, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan bertemu delegasi Hamas yang diketuai pimpinan utamanya, Ismail Haniyeh, di Doha.
2. Malaysia tarik pelabur pada Forum Ekonomi Qatar
Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 yang bermula hari ini, menampilkan ramai pemimpin global, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan membentangkan tarikan utama negara mereka untuk menarik pelabur.
3. Bekalan elektrik terputus di Mexico akibat gelombang haba
Gelombang haba yang dahsyat melanda tenggara Mexico pada hujung minggu lalu menyebabkan sistem bekalan elektrik terputus di seluruh negara hingga hampir lumpuh.
4. Ratusan tebuan 'serang' tentera Israel
Satu kejadian luar biasa berlaku apabila 12 askar rejim Zionis cedera selepas disengat sekumpulan tebuan dalam kejadian di selatan Semenanjung Gaza pada Jumaat lalu.
5. Gerakan protes pelajar terbesar abad ke-21
Kampus universiti di seluruh dunia telah menjadi hab protes bagi membantah perang genosid ke atas Semenanjung Gaza yang berlarutan sejak lebih tujuh bulan lalu.
6. Ketua PBB sedih dengan kematian kakitangannya di Gaza
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berasa amat sedih dengan kematian seorang kakitangan Jabatan Keselamatan PBB (DSS) serta kecederaan kepada seorang lagi anggota agensi itu dalam satu serangan di Gaza, menurut timbalan jurucakapnya.
7. 14 maut, puluhan cedera dalam runtuhan papan iklan di India
Sekurang-kurangnya 14 orang maut dan berpuluh-puluh lagi cedera pada Isnin selepas papan iklan tumbang semasa cuaca buruk di Mumbai, India.
8. Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Selepas hampir dua dekad, Singapura akan menyaksikan satu peristiwa bersejarah pada petang Rabu apabila republik itu melantik perdana menteri baharu.
9. Hampir 2,000 kanak-kanak terbunuh, cedera dalam perang Ukraine - Unicef
Hampir 2,000 kanak-kanak di Ukraine terbunuh atau cedera sejak peningkatan perang lebih dua tahun lepas, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef).
10. Haram, berdosa tunai haji tanpa visa haji
Tindakan Rakyat Malaysia tidak mengikut saluran dan proses yang betul untuk menunaikan haji adalah berdosa dan haram berdasarkan fatwa kerajaan Arab Saudi.
#berita pilihan #antarabangsa #Hamas #Haji #berita global #Berita AWANI
;