Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 13, 2024 15:52 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Mei 2024.
1. Gunung berapi Ibu meletus, terbangkan abu sehingga 5 kilometer
Gunung berapi Ibu di Pulau Halmahera, di wilayah Maluku utara, Indonesia timur, meletus selama kira-kira lima minit, menerbangkan abu setinggi 5,000 meter di atas puncaknya.
2. Korban banjir kilat, gelongsoran lumpur di Sumatera Barat meningkat kepada 37
Angka korban akibat banjir kilat, gelongsoran lumpur dan lava sejuk yang mengalir daripada Gunung Marapi berikutan hujan lebat pada Sabtu malam di empat daerah meningkat kepada 37 orang.
3. Kuwait umumkan Kabinet baharu
Dekri Amir Kuwait dikeluarkan, mengumumkan pembentukan kabinet baharu yang diketuai oleh Perdana Menteri yang dilantik, Sheikh Ahmad Abdullah Al-Ahmad Al-Sabah.
4. Angka kematian akibat bencana alam terburuk di Brazil meningkat kepada 143
Angka kematian akibat bencana alam terburuk yang pernah melanda negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil, meningkat kepada 143 orang dengan 125 orang masih hilang dan lebih daripada 600,000 orang dipindahkan.
5. Hari Jururawat Antarabangsa: 500 petugas perubatan terbunuh di Gaza sejak 7 Okt
Sekurang-kurangnya 500 petugas perubatan telah terbunuh sejak bermulanya perang Israel di Gaza pada 7 Okt tahun lepas, kata Kementerian Kesihatan Gaza pada Ahad sempena Hari Jururawat Antarabangsa.
6. Mesir akan campur tangan kes ICJ Afrika Selatan terhadap Israel
Mesir menegaskan akan campur tangan menyokong kes Afrika Selatan terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), sebagai tindak balas ke atas skala operasi rejim Zionis Israel yang semakin meningkat di Gaza.
7. Kepulan asap selubungi Gaza di sebalik kemaraan Zionis
Kepulan asap besar menyelubungi bumi Gaza, ketika tentera Israel mengarahkan pemindahan orang awam di selatan bandar Rafah.
8. Putin tukar Menteri Pertahanan, Shoigu dengan ahli ekonomi
Presiden Rusia, Vladimir Putin melakukan rombakan Kabinet dengan menggugurkan Menteri Pertahanan negara itu, Sergei Shoigu sekali gus memperlihatkan perubahan besar dalam kepimpinan tentera dua tahun selepas serangan Ukraine.
9. Bangunan runtuh: Selepas seminggu, 36 mangsa masih terperangkap
Angka kematian dalam runtuhan bangunan di Afrika Selatan meningkat kepada 16 orang, dengan 36 pekerja binaan masih terperangkap di bawah runtuhan.
10. 'Tiada lagi tempat selamat di Gaza' - UNRWA
Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini, mendakwa 'zon selamat' di Gaza sebagai palsu dan mengelirukan.
#berita pilihan #antarabangsa #banjir kilat #gunung berapi