Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 12, 2024 23:45 MYT
Mei 12, 2024 23:45 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Mei 2024.
Israel mengarahkan ribuan penduduk Palestin di Rafah untuk berpindah, ketika rejim memperhebat operasi ketenteraannya di selatan Gaza.
Laporan didedahkan Pentadbiran Amerika Syarikat (AS), Presiden Joe Biden mendapati Israel menggunakan bantuan senjata dari AS tanpa mengikut lunas undang-undang antarabangsa.
Kerajaan-kerajaan di seluruh dunia telah bersetuju untuk melanjutkan perbincangan selama dua minggu lagi mengenai perjanjian penting berhubung pengendalian pandemik masa depan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat, lapor Xinhua.
Emir Kuwait, Sheikh Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, pada petang Jumaat mengeluarkan dekri membubarkan Parlimen yang dipilih pada awal April, lapor Sputnik.
Angka korban akibat hujan ribut serta banjir yang melanda sebahagian besar wilayah Baghlan, Takhar, Badakhshan dan Ghor di Afghanistan, terus meningkat hingga mencecah lebih 330 orang, menurut Pejabat Program Makanan Sedunia (WFP) di negara serta dan pegawai tempatan.
Dalam khemah yang serba daif, para ibu Palestin terpaksa menanggung tragedi yang tidak terungkap di kawasan Al-Mawasi yang bukan kediaman, di barat bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza.
Banjir yang melanda daerah Agam, Padang dan Tanah Datar di Sumatera Barat pada Sabtu malam telah meragut 22 nyawa, mencederakan tujuh orang dan menyebabkan dua individu hilang.
Sepasang suami isteri ditahan selepas didakwa membunuh anak lelaki mereka berusia 6 tahun dengan membuang mangsa ke dalam terusan yang dipenuhi buaya.
MANUSIA hari ini semakin hilang akal. Hanya kerana sentiasa bersaing sebagai YouTuber yang sentiasa menyajikan konten paling hebat dan ‘laju’, ada yang sanggup melakukan jenayah sehingga membunuh.
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan puluhan cedera apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terbalik di jalan berbukit di Subang, Jawa Barat, pada petang Sabtu.