Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 11, 2024 23:57 MYT
Mei 11, 2024 23:57 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Jumaat menyambut baik penerimaan resolusi bersejarah oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan majoriti besar yang menekankan bahawa Palestin layak mendapat keanggotaan penuh dan memberikan hak tambahan kepadanya.
GEMERLAPAN penganjuran acara fesyen, Met Gala, yang dihadiri golongan selebriti terkenal dunia dalam persalinan glamor mereka tahun ini tanpa disedari bersaing hebat dengan sebuah gerakan di media sosial.
Afrika Selatan pada Jumaat meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk menghentikan serangan ketenteraan Israel di bandar Rafah di selatan Gaza, lapor Xinhua.
Indonesia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bakar jahat yang dilakukan pelampau Israel dari wilayah diduduki ke atas ibu pejabat Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) di Baitulmuqaddis Timur.
Seorang wanita yang mencabut sebatang gigi gerahamnya atas nasihat doktor di Ngawi, Jawa Timur telah meninggal dunia baru-baru ini.
Agensi berita Reuters pada Sabtu mengeluarkan notis penafian pernah mengeluarkan artikel yang mendakwa Malaysia bakal menjadi negara pertama di Asia Tenggara untuk disenarai hitam oleh Amerika Syarikat (AS).
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat mengesyorkan satu resolusi menggesa permohonan Palestin sebagai anggota penuh PBB dan diberikan hak-hak tambahan dinilai semula.
MINGGU ini muncul laporan OpenAI akan melancarkan “SearchGPT” yang membolehkan carian internet masa nyata dilakukan dengan tepat lengkap degan rujukan ketika acara yang dijadualkan pada 13 Mei.
Selepas ketibaan obor Olimpik di Pelabuhan Vieux sehari sebelumnya, larian obor itu berakhir di perhentian pertamanya di tanah Perancis, Marseille pada Khamis yang disertai wakil daripada kelab bola sepak Olympique de Marseille.
Mahkamah Agung India pada Jumaat memberikan jaminan sementara kepada Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal yang berada dalam tahanan, satu perkembangan yang dilihat membantu kempen pilihan raya partinya.