Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 9, 2024 23:57 MYT
Mei 9, 2024 23:57 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 Mei 2024.
Serangan Israel ke atas lebih sejuta rakyat Palestin yang berlindung di kem pelarian terpadat di dunia, Rafah dilihat semakin diperhebat.
Seorang lelaki di China akhirnya sedar daripada koma selama 10 tahun, berkat jagaan penuh dedikasi dan kasih sayang oleh isterinya sejak 2014.
Kenyataan itu hanya dua tahun selepas Thailand menjadi antara negara pertama di Asia yang membenarkan penggunaan ganja untuk rekreasi.
Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) telah menggantung sementara latihan armada F-16 sebagai langkah keselamatan selepas insiden terhempas pada Rabu.
Seorang pegawai kanan Parti Kongres India meletak jawatan selepas beliau membuat kenyataan membandingkan penduduk di timur negara itu dengan orang Cina dan selatan India dengan orang Afrika.
Perisian tebusan Lockbit menyerang dunia siber sejak 2019 tetapi mula mendapat perhatian orang ramai selepas syarikat terkemuka seperti Thales, Royal Mail, TSMC dan Continental menjadi mangsa.
Penyanyi dari Israel, Eden Golan, menerima reaksi bercampur sewaktu menjalani sesi latihan peringkat separuh akhir dalam pertandingan nyanyian Eurovision.
Serangan udara terus diperhebatkan terutamanya di kawasan tengah dan timur Rafah ketika unit infantri bersama kereta kebal Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mula mara ke bandar paling selatan Gaza itu.
Vladimir Putin menyeru negara anggota EAEU agar bekerjasama untuk mencapai integrasi dan pembangunan menyeluruh dalam blok itu.
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijangka mengundi pada Jumaat berhubung resolusi menuntut pengiktirafan Palestin sebagai negara anggota penuh badan dunia itu.