Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 8, 2024 23:49 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Mei 2024.
1. Jet pejuang F-16 RSAF terhempas, juruterbang diberi rawatan
Sebuah jet pejuang F-16 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) terhempas di Pangkalan Udara Tengah selepas ia mengalami masalah semasa berlepas pada 12.35 tengah hari, Rabu.
2. Syarikat penerbangan India terjejas selepas ratusan kru kabin tidak sihat
Puluhan penerbangan Air India Express terganggu selepas ratusan kru kabin secara tiba-tiba melaporkan diri tidak sihat.
3. Pesawat kargo mendarat cemas di Lapangan Terbang Istanbul
Sebuah pesawat kargo Boeing 763 melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Istanbul, Turki pada Rabu susulan masalah pada gear pendaratannya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
4. Israel musnahkan lintasan Rafah, jejaskan 1.5 juta penduduk Gaza
Rejim Zionis Israel kini sudah mula memusnahkan lintasan Rafah seterusnya menjejaskan kira-kira 1.5 juta penduduk Gaza yang berlindung di kawasan terbabit.
5. Operasi Israel di Rafah berbentuk terhad - AS
Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mengesahkan operasi Israel di Rafah adalah terhad.
6. China-Perancis kecam serangan Israel di Rafah, gesa gencatan senjata serta-merta
Presiden China, Xi Jinping mengadakan lawatan rasmi ke Perancis pada 5 hingga 7 Mei lalu atas undangan Presiden Perancis, Emmanuel Macron.
7. 'Henti serang Rafah atau tiada gencatan senjata' - Hamas
Kumpulan Hamas memberi amaran bakal menarik diri daripada perjanjian gencatan senjata jika Israel meneruskan pencerobohan ke atas Rafah.
8. TikTok saman kerajaan AS
TikTok dan syarikat induknya di China, ByteDance memfailkan saman di Amerika Syarikat (AS) untuk menyekat pengharaman aplikasi itu.
9. Hakim tangguh perbicaraan dokumen sulit Trump
Perbicaraan hari pertama kes bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang menghadapi pertuduhan menyimpan dokumen sulit kerajaan telah ditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditetapkan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
10. AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, berbulan selepas sedar ada kesan sampingan
Syarikat farmaseutikal gergasi vaksin COVID-19, AstraZeneca menarik balik vaksin keluarannya dalam pasaran dunia.
#gencatan senjata #AstraZeneca #berita pilihan #antarabangsa
;