Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
April 25, 2024 15:58 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
1. Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Tindakan Kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
2. Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Ideologi menuju keamanan seperti yang didakap erat mantan Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela wajar dicontohi masyarakat seluruh dunia dalam usaha mencapai keamanan.
3. Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Freedom Flotilla Coaltion (FFC) mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza yang dijadualkan pada Jumaat ini, dapat disempurnakan.
4. Bantahan perang di Gaza meningkat di universiti, kolej AS
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat (AS).
5. Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata dan menghentikan pencerobohannya di Semenanjung Gaza serta memberikan perlindungan kepada rakyat Palestin.
6. Ketua PBB gerakkan pemimpin global untuk tindakan iklim menjelang 2025
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melancarkan inisiatif Janji Iklim 2025 pada Selasa, usaha bersepadu global untuk mencegah suhu daripada meningkat melebihi 1.5 darjah Celsius seperti yang termaktub dalam Perjanjian Paris, lapor Xinhua.
7. UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
Kabinet Emiriah Arab Bersatu (UAE) meluluskan pakej bernilai AED2 bilion (AS$544 juta) untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
8. Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Mahkamah Diraja Arab Saudi pada Rabu mengumumkan bahawa Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Penjaga Dua Masjid Suci, dimasukkan ke Hospital Pakar Raja Faisal di Jeddah untuk pemeriksaan kesihatan rutin.
9. Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia (BI) kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024, kata RHB Investment Bank (RHB IB).
10. Manchester City buka sekolah di Vietnam
Manchester City dan Dwight School Hanoi membuka Sekolah Bola Sepak Manchester City yang pertama di Vietnam yang akan menekankan pendidikan bola sepak di pangkalan yang baru dibina.
#Freedon Flotilla #gencatan senjata #berita pilihan #antarabangsa