Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
April 23, 2024 23:47 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 April 2024.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 April 2024.
1. Gaza Freedom Flotilla: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal terpaksa ditukar - FFC
Terdapat kemungkinan pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla terpaksa ditukar.
2. Gaza Freedom Flotilla: Turki terus diasak kuasa besar untuk batalkan misi
Kerajaan Turki dilaporkan terus dilobi beberapa negara kuasa besar bagi membatalkan misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual berlepas pada 24 April 2024 (Rabu).
3. 283 mayat ditemui di kubur Hospital Nasser
Pekerja kesihatan menemukan sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
4. Israel serang tempat perlindungan terakhir penduduk Gaza
Beberapa khemah pelarian Palestin di kem pelarian Rafah menjadi sasaran serangan udara oleh Israel pada Isnin.
5. EU setuju luaskan sekatan ke atas Iran
Kesatuan Eropah (EU) pada dasarnya setuju meluaskan sekatan ke atas Iran, susulan tindakan republik itu melancarkan serangan dron dan peluru berpandu ke atas Israel.
6. Presiden Iran, Pakistan adakan pertemuan luas kerjasama
Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengadakan pertemuan dengan Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, di kediaman rasmi Presiden di Islamabad dalam lawatan tiga hari beliau ke negara tersebut pada Isnin.
7. Tunjuk perasaan pelajar AS gesa gencatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin.
8. Gempa bumi sederhana dikesan di Taiwan
Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Taiwan pada 8.04 pagi ini.
9. PM Thailand minta bank tawar kadar faedah lebih rendah untuk bantu ekonomi
Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin berkata, beliau telah meminta empat pemberi pinjaman kewangan terbesar negara itu untuk menurunkan kadar faedah bagi membantu perniagaan kecil dan ekonomi.
10. 13 maut lori tangki minyak bertembung bas mini
Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan enam yang lain cedera pada Isnin selepas sebuah bas mini bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di kawasan Somanga di daerah Kilwa, wilayah Lindi, selatan Tanzania, menurut polis.
#Freedom Flotilla #gempa bumi #berita pilihan #antarabangsa
;