Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
April 22, 2024 23:59 MYT
April 22, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 22 April 2024.
Freedom Flotilla Coalition (FFC) beri jaminan bahawa keselamatan setiap peserta yang terlibat dalam misi pelayaran Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan diberi keutamaan sepanjang misi berlangsung.
Setiap peserta yang terlibat dalam misi pelayaran Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan diwakili peguam yang dilantik Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Ketua Perisikan Tentera Israel, Mejar Jeneral Aharon Haliva, dilapor meletak jawatan dan akan melepaskan jawatan tersebut sebaik penggantinya dilantik.
Seorang bayi perempuan selamat dibedah keluar dari rahim ibunya yang terbunuh bersama suami dan anak yang lain akibat serangan Israel di bandar Rafah di Gaza yang turut mengorban 19 lagi nyawa orang awam, kata pegawai kesihatan Palestin.
Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei telah memuji angkatan tentera negara itu atas "kejayaan" mereka selepas Tehran melancarkan serangan langsung yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Israel minggu lalu.
Selepas 105 hari melakukan pengembaraan berbasikal dari Kuala Lumpur, tiga rakyat Malaysia termasuk pasangan suami isteri berjaya tiba di Madinah, Arab Saudi pada Jumaat lepas (19 April) dalam misi menunaikan rukun Islam kelima, ibadat haji.
Jemaah haji dinasihatkan untuk tidak merasa bimbang dengan konflik di Asia Barat ketika ini dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada ibadat haji mereka.
Pengendali lapangan terbang harus proaktif memanfaatkan dan mengambil langkah bersesuaian bagi menangani perubahan dalam ketibaan dan pelepasan pesawat untuk mengurangkan sebarang senario kelam-kabut di lapangan terbang jika konflik Asia Barat terus meningkat, kata pakar penerbangan.
Sekurang-kurangnya tujuh orang terkorban dalam insider sebuah kereta lumba terbabas dari landasan semasa perlumbaan di sebuah litar Sri Lanka mengorbankan tujuh orang, lapor media tempatan.
Hujan lebat dan banjir telah mengorbankan empat mangsa di Yaman dan menjejaskan lebih 3,000 keluarga yang menjadi pelarian di negara sendiri, kata pegawai pada Ahad.
#Gaza
#Freedom Flotilla
#Israel
#tentera
#bayi
#Palestin
#Iran
#Madinah
#Haji
#rakyat Malaysia
#Sri Lanka
#Yaman