Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
April 12, 2024 23:59 MYT
April 12, 2024 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 12 April 2024.
China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin.
Agensi Makanan Singapura (SFA) menasihatkan pengguna supaya tidak membeli atau mengambil gula-gula "Kingu Ginseng Candy" kerana ia didapati mengandungi tadalafil, ubat preskripsi yang digunakan bagi merawat lemah tenaga batin.
Kerajaan Thailand pada Khamis melancarkan Festival Air Sedunia Maha Songkran 2024 bagi mempamerkan pelbagai tradisi negara itu sempena Songkran atau permulaan Tahun Baharu Thailand yang disambut setiap tahun dari 13 hingga 15 April.
Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh menafikan anak lelakinya yang terbunuh dalam serangan Israel adalah pejuang kumpulan itu.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran gelombang haba yang besar di seluruh Asia Timur dan Pasifik boleh menyebabkan berjuta-juta kanak-kanak berisiko.
Israel berkata mereka sudah bersiap sedia untuk tindakan balas Iran terhadap pembunuhan seorang jeneral kanan dan enam pegawai Iran lain dalam serangan udara di Damsyik.
Sekurang-kurangnya 25 orang awam maut dalam satu serangan udara Israel ke atas sebuah kediaman di Semenanjung Gaza pada Jumaat.
Jawatankuasa Kemasukan Ahli Baharu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dapat mencapai kata sepakat sama ada untuk menerima Palestin sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), perwakilan tetap Malta ke PBB memberitahu Agensi Anadolu.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dalam pertemuan dengan Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr membincangkan beberapa perkara termasuk keselamatan maritim di Laut China Selatan.
Seorang wanita berusia 42 tahun dari Kolkatta, India maut apabila dibunuh oleh teman lelakinya selepas enggan meneruskan perancangan mereka untuk berkahwin.