Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
April 8, 2024 23:50 MYT
April 8, 2024 23:50 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 April 2024.
Tentera darat Israel berundur dari selatan Semenanjung Gaza hari ini, menurut laporan media, dalam penarikan separa iaitu enam bulan selepas perang yang dicetuskan oleh serangan pada 7 Oktober 2023.
Perkembangan hubungan China-Amerika Syarikat (AS) yang diterajui pemimpin kedua-dua negara stabil pada masa ini, kata Perdana Menteri China Li Qiang.
Lebih 90 orang maut selepas sebuah bot penuh sesak terbalik di luar pantai utara Mozambique pada Ahad, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam nahas di sebuah lebuh raya di Karawang, Jawa Barat pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini.
Seorang rakyat Palestin yang menjalani hukuman selama 38 tahun dalam penjara Israel kerana didakwa membunuh seorang askar Israel, meninggal dunia akibat kanser.
Delegasi Hamas pada Ahad mengadakan perbincangan dengan ketua perisikan Mesir di Kaherah mengenai usaha mencapai gencatan senjata di Semenanjung Gaza dan perjanjian pertukaran tebusan dengan Israel.
Lebih 1.7 juta penduduk di Semenanjung Gaza terpaksa melarikan diri sejak konflik Israel-Hamas meletus Oktober tahun lepas, kata Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Ahad, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).
Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) melaporkan angka wartawan yang maut sejak serangan tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza mencecah 140.
Setiausaha Luar British mengeluarkan amaran pada Sabtu mengenai keadaan yang meruncing dan risiko sebenar kebuluran di Semenanjung Gaza sambil mengumumkan penghantaran sebuah kapal Tentera Laut Diraja untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan di rantau itu, lapor Agensi Anadolu (AA).
Majlis berbuka puasa Share Ramadan anjuran pasukan Liverpool FC menerima kunjungan hampir 2,800 komuniti muslim yang menduduki bumi Anfield, semalam.