Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
April 5, 2024 15:55 MYT
April 5, 2024 15:55 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 5 April 2024.
Israel bersetuju membuka laluan tambahan bagi penghantaran bantuan kemanusiaan yang amat diperlukan ke Gaza, umum White House pada Khamis.
The World Central Kitchen (WCK) pada Khamis meminta supaya satu siasatan bebas diadakan terhadap serangan udara Israel yang menyasarkan kenderaan pertubuhan itu dan membunuh tujuh petugas bantuan kemanusiaannya di Gaza, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Kerajaan menyatakan kesediaan memberikan bantuan tambahan bagi misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin, selepas Israel membenarkan penghantaran bantuan melalui pintu sempadannya dengan utara Semenanjung Gaza.
Penduduk di Taiwan kembali menjalankan rutin dan aktiviti harian mereka di celah-celah bangunan yang runtuh dan hampir menyembah bumi selepas bandar itu dilanda gempa bumi terburuk dalam tempoh 25 tahun pada Selasa.
Presiden Joko Widodo yang kini dalam rangka lawatan kerja ke Wilayah Jambi meneruskan rutinnya melawat pasar-pasar pada Khamis untuk memeriksa kemudahan itu dan bekalan barangan keperluan.
Nampak pelik tetapi itulah realitinya apabila sebahagian umat Islam di daerah Panggang, Gunungkidul di Jogjakarta, Indonesia menyambut 1 Syawal pada Jumaat, 5 April 2024.
Kerajaan Madagascar mengisytiharkan bencana negara berikutan kerosakan akibat taufan tropika Gamane, yang membadai pulau itu pada akhir Mac, lapor Sputnik.
Pengundi di Kuwait keluar mengundi pada Khamis untuk memilih Ahli Parlimen mereka, pilihan raya pertama di bawah Amir Kuwait baharu, Sheikh Meshal Al-Ahmad Al-Sabah yang mengambil alih tampuk pemerintahan negara itu tahun lepas, lapor Agensi Anadolu (AA).
Kerajaan Brunei tidak ada menawarkan atau melantik sebarang syarikat tempatan atau antarabangsa untuk melaksanakan projek Kereta Api Trans-Borneo.
Pelbagai syarikat teknologi sedia membuang sejumlah pekerja sejak penghujung tahun lepas – dalam usaha mengoptimasikan kos, menjadikan operasi lebih efisien, serta ada juga disebabkan oleh penggunaan kecerdasan buatan dan sebagainya. Terbaru, Apple dilaporkan turut membuang sekitar 700 orang pekerja di syarikat berkenaan.