Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 31, 2024 23:52 MYT
Mac 31, 2024 23:52 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 31 Mac 2024.
Sebuah baj melanggar sebuah jambatan di Oklahoma, Amerika Syarikat, lapor Sputnik.
Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan lebih 20 cedera dalam letupan bom di bandar Azaz, utara Syria, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah memenangi pemilihan peringkat pusingan awal (primari) untuk Demokrat di Dakota Utara, pada pilihan raya presiden AS 2024, umum parti negeri itu pada Sabtu, lapor Xinhua.
Ribuan penduduk di Sweden membatalkan sambutan Paskah atau Easter mereka dengan turun ke jalanan sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin di Gaza pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.
Tentera Laut India pada Jumaat mengesahkan telah membebaskan sebuah kapal nelayan Iran yang dirampas oleh sembilan lanun bersenjata di Laut Arab.
Seorang lelaki di negara ini memecahkan Guinness World Records (GWR) baharu apabila berjaya memuntah air keluar dari mulut secara berterusan selama 5 minit 51.88 saat, lapor Oddity Central.
Ratusan rakyat Arab Israel berarak di jalan-jalan bandar Deir Hanna di wilayah Galilea di Israel bagi menandakan ulang tahun ke-48 Hari Tanah atau Land Day.
Situasi penahanan tebusan di Bandar Ede, Belanda berakhir dengan penahanan seorang individu, lapor media tempatan pada Sabtu menurut Agensi Berita Jerman (dpa).
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden meluluskan perjanjian pembekalan senjata, bom dan jet tempur bernilai berbilion dolar kepada Israel secara rahsia.
Kira-kira 9,000 pesakit di Semenanjung Gaza memerlukan pemindahan untuk rawatan kecemasan.