Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 25, 2024 23:56 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 Mac 2023.
1. Wanita di Gaza perlu gencatan senjata segera - Ketua Wanita PBB
Sima Bahous membangkitkan kesukaran yang dialami wanita di Gaza, sambil menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera.
2. Serangan di Moscow: Perancis tingkat tahap amaran tertinggi
Selepas serangan pengganas di dewan konsert berhampiran Moscow, Perancis telah meningkatkan amaran keselamatannya ke tahap tertinggi.
3. Bekas Menteri Pengangkutan Singapura hadapi 8 lagi tuduhan baharu
Bekas Menteri Pengangkutan Singapura S. Iswaran sekali lagi didakwa di mahkamah dengan lapan pertuduhan tambahan kerana memperoleh barangan berharga sebagai penjawat awam.
4. Hampir separuh penyelidik AI terbaik dunia berasal dari China
AS mengekang akses kepada cip terkini China bagi memastikan status sebagai negara dengan kemajuan teknologi terkini tidak akan dipintas.
5. Simon Harris yang berusia 37 tahun catat rekod Perdana Menteri termuda Ireland
Simon Harris menggantikan Leo Varadkar sebagai Perdana Menteri.
6. Hampir 10 juta solat di Masjid Nabawi dalam 10 hari pertama Ramadan
Pengurusan Masjid Nabawi turut merekodkan 739,702 pengunjung mengunjungi makam Nabi Muhammad (SAW) dan dua sahabat baginda.
7. Amaran Perancis pada Israel: “Pemindahan paksa rakyat Palestin adalah jenayah perang”
Macron beritahu Netanyahu hasrat Perancis untuk bawa draf resolusi kepada Majlis Keselamatan PBB yang menggesa "gencatan senjata segera dan berkekalan."
8. China gesa Filipina henti pencabulan, provokasi di Laut China Selatan
Tentera Filipina pada Sabtu dakwa kapal pengawal pantai China menggunakan meriam air terhadap kapal bekalan Filipina di Laut China Selatan.
9. 4 maut, 8 cedera kereta lumba rempuh penonton di Hungary
Antara mangsa yang cedera parah ialah seorang kanak-kanak.
10. Singapura, Kemboja catat kes tibi lebih rendah
Kumpulan umur yang lebih tua dan lelaki terus membentuk sebahagian besar kes tibi aktif baharu di Singapura.
#gencatan senjata #Laut China Selatan #berita pilihan #antarabangsa
;