Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 20, 2024 23:59 MYT
Mac 20, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 Mac 2024.
Kate Middleton terus menjadi topik perdebatan pentaksub teori konspirasi, gara-gara gambar terbaharu beliau bersama suaminya, Putera William.
Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar akan melakukan lawatan rasmi ke Singapura, Filipina dan Malaysia dari 23 hingga 27 Mac ini.
Bekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran sudah kembali semula ke tanah air dan turut menyerahkan pasport miliknya.
Kebuluran kini diunjurkan dan akan berlaku di utara Gaza dan wilayah-wilayah lain serta dijangka berlaku dari pertengahan Mac 2024 hingga Mei 2024.
Ketua iklim PBB mengeluarkan amaran peringkat merah apabila data baru menunjukkan bahawa rekod bagi setiap petunjuk iklim telah dipecahkan.
Pada hari ini, pengguna tempatan sudah boleh menggunakan DuitNow QR di beberapa negara jiran, sekaligus memudahkan lagi pembayaran ketika melancong di negara tersebut.
Kesilapan pada perisian Commercial Bank of Ethiopia membolehkan pelanggan mengeluarkan wang tanpa had selama beberapa jam sebelum disedari.
Di bawah peraturan baharu, denda bagi peniaga yang menjual rokok elektronik kepada mereka di bawah umur 18 tahun juga akan meningkat.
Pihak berkuasa di Malaga membawa anjing robot untuk melakukan ujian rondaan di pusat bandar raya Sepanyol itu.
Perbincangan itu berlangsung semasa Badli Hisham melakukan kunjungan hormat kepada Moosa di Male.