Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 12, 2024 23:54 MYT
Mac 12, 2024 23:54 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 12 Mac 2024.
Malaysia dan Jerman hari ini menggesa agar gencatan senjata kekal dilaksanakan di Semenanjung Gaza selain pembebasan tawanan manakala bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin disegerakan.
Umat Islam di Bangladesh, India dan Pakistan akan mula berpuasa dalam bulan Ramadan pada Selasa selepas anak bulan kelihatan pada Isnin.
Ribuan umat Islam di New York menyambut permulaan Ramadan pada Ahad, dengan berkumpul di Times Square yang simbolik.
Sekitar 30 syarikat utama Jerman bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang meja bulat perniagaan pada Selasa.
Malaysia telah memberi jaminan kepada Jerman bahawa hubungannya dengan China adalah baik dan tidak berdepan dengan sebarang isu yang serius.
Bekas Menteri Kewangan Ishaq Dar dilantik sebagai Menteri Luar Pakistan yang baharu.
Seorang bekas pekerja Boeing yang lantang menyuarakan kebimbangan mengenai piawaian keselamatan pengeluaran pesawat syarikat itu telah ditemui mati.
Kawasan di Beaucaire, timur Montpellier di selatan Perancis masih ditenggelami air meskipun banjir mula surut pada Isnin.
Seramai 12 penumpang dimasukkan ke hospital selepas pesawat Latam Airlines mengalami masalah teknikal ketika penerbangan dari Sydney ke Auckland pada Isnin.
Lebih 1.8 juta pelancong melintasi pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas sempena cuti sekolah dari 7 hingga 10 Mac 2024, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA).