Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 6, 2024 23:49 MYT
Mac 6, 2024 23:49 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 6 Mac 2024.
Korea Selatan akan menggantung lesen doktor pelatih yang melancarkan mogok sebagai hukuman.
WMO pada Selasa memaklumkan corak cuaca El Nino mula lemah, namun akan terus menyemarakkan suhu melebihi purata di seluruh dunia.
Malaysia memenangi kes tuntutan diskriminasi minyak sawit negara yang diperuntukkan dalam Akta Delegasi Kesatuan Eropah (EU).
Keputusan itu dibuat susulan mesyuarat para pegawai keselamatan tertinggi negara itu mengenai solat di tapak suci umat Islam dan Yahudi itu.
Mesyuarat itu berlangsung di tengah-tengah kekejaman tanpa henti Israel terhadap rakyat Palestin.
Anwar pada masa sama terus menggesa gencatan senjata segera dan berkekalan.
Polis India menahan semua suspek terbabit dalam kes rogol seorang vlogger pengembaraan Sepanyol yang sedang dalam jelajah motosikal bersama suaminya minggu lalu.
Facebook dan Instagram mengalami gangguan teknikal selama dua jam sehingga memberi kesan kepada ratusan ribu penggunanya di seluruh dunia.
Australia komited untuk bekerjasama dengan pemimpin ASEAN, kerana nasib negara mereka terletak pada Asia Tenggara.
Rusia dan China sedang mempertimbangkan untuk meletakkan loji kuasa nuklear dan penempatan di bulan dari tahun 2033 hingga 2035.
#Kesatuan Eropah
#Israel
#Korea
#Rusia
#Meta
#Palestin
#Ramadan
#EU
#El Nino
#China
#Australia
#Gaza