Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 28, 2024 23:45 MYT
Februari 28, 2024 23:45 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Jepun pada Rabu mula melaksanakan fasa keempat pelepasan air radioaktif terawat dari loji kuasa nuklear (NPP) Fukushima yang dijadualkan berlangsung sehingga 16 Mac, menurut data Tokyo Electric Power Company (TEPCO).
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa memaklumkan tiada konvoi bantuan kemanusiaannya sampai di utara Semenanjung Gaza sejak 23 Jan.
Kemboja sekali lagi dipilih sebagai destinasi kebudayaan terkemuka Asia oleh World Travel Awards bagi 2023, kata Menteri Pelancongan negara itu Sok Soken pada Rabu.
Beribu-ribu rakyat Palestin berkumpul di pantai di selatan Semenanjung Gaza pada Selasa selepas pesawat menggugurkan bantuan makanan di wilayah terkepung itu.
Sony mengumumkan akan membuang 900 tenaga kerja yang bersamaan dengan 8% keseluruhan tenaga kerja Sony Interactive Entertainment.
Ketua Meta, Mark Zuckerberg dilaporkan berbincang dengan risiko generatif kecerdasan buatan (AI) dengan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida semasa lawatan beliau ke negara itu.
Raja Abdullah dari Jordan menyertai misi kemanusiaan menjatuhkan makanan daripada sebuah pesawat tentera udara Jordan di Gaza pada Selasa.
Wartawan dan pembikin filem Israel, Yuval Abraham berdepan ugutan bunuh selepas memberikan ucapan di Festival Filem Berlin yang menggesa gencatan senjata di Gaza dan menamatkan dasar aparteid Israel ke atas Palestin.
Sebanyak sembilan Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai membabitkan syarikat telekomunikasi dan agensi di Malaysia pada hari pertama Mobile World Congress Barcelona 2024 (MWC 2024) yang bermula di sini pada Isnin.
Menteri Pertahanan Indonesia dan calon presiden Prabowo Subianto dianugerahkan pangkat jeneral kehormat empat bintang oleh Presiden Joko Widodo pada Rabu.