Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 27, 2024 23:48 MYT
Februari 27, 2024 23:48 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 27 Februari 2024.
Malaysia dan Kemboja mencapai kata sepakat untuk mengkaji dan menilai kemajuan kerjasama bilateral kedua-dua negara dalam sektor penting menerusi Suruhanjaya Bersama untuk Kerjasama Dua Hala (JCBC).
Seorang anggota perkhidmatan tentera AS yang membakar dirinya sendiri di luar Kedutaan Israel di Washington pada petang Ahad (25 Feb) kerana membantah peperangan di Gaza dilapor meninggal dunia.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berharap gencatan senjata dapat dicapai menjelang minggu depan dalam usaha meredakan konflik antara Israel dan Hamas.
Berpuluh-puluh orang terbunuh dalam serangan di sebuah masjid pada hari yang sama ketika sebuah gereja diserang, kata pihak berkuasa di Burkina Faso.
Menurut Bloomberg, kecerdasan buatan (AI) yang dibangunkan di bawah Project Maven telahpun digunakan untuk melakukan misi pengeboman di Timur Tengah.
Keluarga diraja Sepanyol melawat mangsa-mangsa susulan insiden kebakaran besar Jumaat lepas di blok pangsapuri, bandar Valencia, yang membunuh 10 orang.
Isarel memfailkan laporan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai langkah-langkah yang diambil untuk mematuhi keputusan sementara mahkamah dunia itu.
Parti Demokrasi Indonesia - Perjuangan (PDI-P) mahu siasatan legislatif dijalankan berhubung dakwaan berlaku pelanggaran pada Pemilihan Presiden Indonesia, baru-baru ini.
Sasterawan Singapura, Suratman Markasan, yang merupakan pemegang Anugerah Tun Seri Lanang, meninggal dunia pada Selasa di Singapura pada usia 93 tahun.
Malaysia mengulangi gesaan terhadap gencatan senjata serta-merta dan berkekalan serta menegaskan Israel mesti bertanggungjawab atas pertumpahan darah yang tidak berkesudahan dan kemusnahan di Gaza.