Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Februari 26, 2024 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 26 Februari 2024.
1. PM Palestin letak jawatan, cadang langkah politik baharu
Pergolakan politik di Tebing Barat yang ditadbir gerakan Fatah semakin jelas selepas Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh mengumumkan pengunduran kerajaan pimpinannya pada Isnin.
2. Hospital terapung UAE mula terima pesakit dari Gaza
Sebuah hospital terapung Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Ahad mula memberikan bantuan perubatan kepada rakyat Palestin yang cedera dalam konflik dengan Israel di Pelabuhan Al-Arish di timur laut Mesir, menurut Agensi Berita Emirates (WAM), lapor Agensi Anadolu.
3. 4 maut, 6 cedera dalam insiden tanah runtuh di timur Indonesia
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan enam lagi cedera akibat tanah runtuh di sebatang jalan raya di wilayah Sulawesi Selatan di Indonesia pada pagi Isnin, kata seorang pegawai, lapor Xinhua.
4. 31,000 tentera Ukraine terbunuh dalam perang dengan Rusia
Seramai 31,000 tentera Ukraine telah terbunuh dalam perang antara negara itu menentang Rusia, kata Presidennya Volodymyr Zelenskyy.
5. Gejala sakit perut, kapal persiaran bawa 3,000 penumpang dikuarantin
Lebih 2,000 penumpang dan 1,000 kru kapal terkandas di atas sebuah kapal persiaran di perairan Mauritius, kata syarikat Amerika Syarikat (AS), Norwegian Cruise Line pada Ahad.
6. Ahli politik antara 2 ditembak mati di India
Sekurang-kurangnya dua individu termasuk seorang pemimpin politik di negeri Haryana, utara India ditembak mati manakala beberapa anggota keselamatan cedera dalam insiden tembakan pada Ahad, menurut polis tempatan, lapor Xinhua.
7. Parti pemerintah Kemboja menang besar dalam Pilihan Raya Senat
Parti pemerintah Kemboja, Parti Rakyat Kemboja (CPP) meraih kemenangan besar dalam Pilihan Raya Senat negara itu pada Ahad, menurut jurucakap parti.
8. China rekod penemuan rizab minyak, gas 40 juta meter padu
China menemui kawasan minyak batu metamorfik terbesar di dunia di Laut Bohai baru-baru ini.
9. 25 maut, 21 cedera dalam nahas jalan raya
Sekurang-kurangnya 25 orang, termasuk warga asing terbunuh dan 21 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di wilayah Arusha, utara Tanzania, menurut media tempatan pada Ahad.
10. Seorang maut, kereta rempuh pelancong di Jepun
Seorang maut manakala seorang lagi cedera parah selepas sebuah kereta merempuh sekumpulan pelancong di bandar Nara barat Jepun, Sputnik memetik laporan media Jepun.
#berita pilihan #berita antarabangsa #berita luar negara #Berita AWANI
;