Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 20, 2024 23:53 MYT
Februari 20, 2024 23:53 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Februari 2024.
Serangan berterusan rejim Zionis ke atas hospital-hospital di Gaza tidak boleh diterima sama sekali oleh masyarakat antarabangsa, terutama dalam kalangan komuniti perubatan.
Malaysia akan menyertai sesi pendengaran awam bagi memperoleh Pendapat Nasihat di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung isu Palestin.
Israel mahu melancarkan kempen pencerobohan ganas ke atas bandar Rafah jika Hamas gagal membebaskan baki tawanan di Genting Gaza menjelang ketibaan Ramadan pada awal bulan depan.
Delegasi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) hadir bagi mengikuti sesi pendengaran pendapat nasihat (advisory opinion) Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague pada Isnin, menghujahkan isu pendudukan haram Israel di Palestin.
Israel tidak akan teragak-agak memperluaskan operasi ketenteraan di bandar paling selatan Gaza, Rafah jika tebusan yang ditahan oleh Hamas tidak dikembalikan menjelang bulan Ramadan.
Pejuang Houthi dari Yaman yang disokong Iran mengeluarkan satu video didakwa sebagai dron milik Amerika Syarikat (AS) MQ-9 telah ditembak jatuh berhampiran bandar pelabuhan Laut Merah, Hodeidah pada Isnin.
Yulia Navalnaya, balu kepada Ketua Pembangkang Rusia, Alexei Navalny berikrar akan meneruskan perjuangan suaminya untuk membebaskan Rusia dan menyeru penyokong untuk memerangi Presiden Vladimir Putin dengan gelombang yang lebih besar berbanding sebelumnya.
Pengiraan semula undi mengesahkan parti pemerintah Nuevas Ideas diketuai Nayib Bukele, memenangi 54 daripada 60 kerusi dalam pilihan raya parlimen El Salvador awal bulan ini, menurut suruhanjaya pilihan raya pada Isnin.
Pihak berkuasa Jepun merampas kira-kira 2,406 kilogram dadah dan bahan terlarang lain di pelabuhan serta lapangan terbang seluruh negara pada 2023 dan sekali gus mencatat nilai rampasan kedua terbesar di negara itu, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Selasa.
Jalinan persahabatan wartawan Malaysia dan Indonesia dalam menghubungkan rakyat dari kedua-dua negara serumpun menjadi komponen penting dalam menyelesaikan sebarang konflik yang timbul.
#Malaysia
#Gaza
#Palestin
#Israel
#Hamas
#Zionis
#ICJ
#Rafah
#El Salvador
#Jepun
#Indonesia
#wartawan
#Iswami