Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 19, 2024 23:45 MYT
Februari 19, 2024 23:45 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 19 Februari 2024.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague pada Isnin mula mengadakan pendengaran awam mengenai akibat undang-undang yang timbul daripada dasar dan amalan Israel di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Menteri Luar Palestin Riyad al-Maliki pada Isnin menggesa Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk menamatkan pendudukan Israel dan menganggapnya sebagai "tidak sah."
Pendengaran awam mengenai akibat undang-undang yang timbul daripada dasar dan amalan Israel di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur didengar oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague pada Isnin.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membantu memindahkan 14 pesakit dari Hospital Nasser di bandar Khan Younis yang dikepung tentera Israel, menurut Kementerian Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.
Dua menara di Saladin Citadel, satu daripada mercu tanda terkenal di ibu negara Mesir di sini dibuka kepada orang ramai pada Ahad selepas menjalani kerja-kerja pemulihan, lapor Xinhua.
Mesyuarat dua hari yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres bersama wakil khas pelbagai negara untuk Afghanistan, bermula di Qatar pada Ahad.
Tentera Maghribi berjaya menyelamatkan sejumlah 141 migran di luar pantai Atlantik pada Ahad, lapor Xinhua memetik laporan Agensi Berita MAP.
Minggu lalu muncul laporan Reddit membenarkan sebuah syarikat yang dirahsiakan menggunakan data pengguna mereka untuk melatih model AI.
Sekurang-kurangnya 53 orang maut dalam serangan hendap di wilayah tanah tinggi terpencil di Papua New Guinea.
Menurut laporan Financial Times, EU akan mengenakan denda $500 juta ke atas Apple atas amalan anti persaingan mereka.