Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 16, 2024 23:59 MYT
Februari 16, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 16 Februari 2024.
Tiga pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Nasser di Khan Yunis, selatan Gaza, meninggal dunia pagi ini akibat gangguan bekalan elektrik di tengah-tengah pengepungan berterusan Israel ke atas hospital itu, menurut sumber perubatan.
Pemimpin dunia, termasuk pemimpin dari Malaysia mengucapkan tahniah kepada Prabowo Subianto yang kelihatan bakal melakar kemenangan dalam pilihan raya presiden Indonesia selepas kiraan pantas tidak rasmi menunjukkan beliau mendahului dengan selesa.
Aktivis hak asasi manusia di kota raya ini mengadakan tunjuk perasaan membantah kemenangan Prabowo Subianto dalam pilihan raya presiden pada Khamis.
Petani di India akan meneruskan perjalanan mereka ke New Delhi selepas rundingan ketiga dengan kerajaan di Chandigarh tidak mendatangkan hasil pada Khamis.
Kerajaan Bangladesh pada Khamis menghantar pulang kira-kira 330 warga Myanmar yang mencari perlindungan di negara itu, di tengah-tengah konflik di sempadan antara kumpulan pemberontak dan tentera Myanmar.
Jumlah korban dalam insiden kilang terbakar di New Delhi pada Khamis lalu meningkat kepada 11 orang, kata pegawai kanan jabatan bomba, lapor Xinhua.
Kematian akibat mengambil dadah secara berlebihan di Amerika Syarikat (AS) melebihi 109,000 kes pada tahun 2022, menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS pada Khamis.
Datuk Bandaraya di New York City kini mengumumkan pentadbiran bandar berkenaan telah memfailkan saman ke atas sejumlah syarikat media sosial, termasuk Facebook, TikTok dan YouTube.
Ketua Pembangkang Rusia, Alexei Navalny disahkan meninggal dunia di penjara Arkitik pada Jumaat.
Anthony Albanese mengumumkan pertunangannya dengan pasangannya, Jodie Haydon.