Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 13, 2024 23:50 MYT
Februari 13, 2024 23:50 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 Februari 2024.
Pemilihan kepimpinan baharu Indonesia memasuki fasa penting pada tanggal 14 Feb iaitu esok Rabu, apabila kira-kira 204.8 juta pengundi layak untuk keluar mengundi di Tempat Pemungutan Suara (TPS) sempena Pemilihan Umum (Pemilu) 2024.
Omnibus Law, Undang-Undang Cipta Kerja yang diluluskan oleh pentadbiran Presiden Indonesia, Joko Widodo menjadi isu tumpuan pekerja, khususnya anak muda.
Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Indonesia sentiasa bersedia untuk bekerjasama dalam berkongsi maklumat dengan persatuan wartawan di Malaysia bagi merealisasikan hasrat penubuhan Majlis Media Malaysia.
Menteri Kehakiman Thailand Tawee Sodsong mengumumkan bahawa bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra telah diberikan parol.
Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN yang dijadual berlangsung di Laos bulan depan akan membincangkan semula perjanjian perdagangan 15 tahun dengan India.
Seramai 192.8 juta pengembara dibenarkan melepasi pusat pemeriksaan sempadan Singapura pada tahun 2023, peningkatan lebih 80 peratus berbanding tahun 2022, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Selasa.
Amerika Syarikat (AS) akan menggesa jeda peperangan selama enam minggu di Gaza sebagai batu loncatan ke arah gencatan senjata yang lebih lama.
Wakil Tinggi Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell memberi amaran kepada Israel mengenai tindakan tidak seimbang yang diambil rejim Zionis itu di Semenanjung Gaza.
Beberapa bekas penasihat Donald Trump memberi amaran bahawa bekas Presiden itu akan berusaha untuk menarik AS secara rasmi daripada pakatan pertahanan itu sekiranya hartawan berkenaan memenangi pilihan raya AS penggal kedua.
WhatsApp merupakan salah satu medium komunikasi popular di Malaysia, dan ia sehingga kini menggunakan nombor telefon untuk tujuan pendaftaran.
#Indonesia
#Pemilu
#pilihan raya
#Iswami
#Media
#Thailand
#Thaksin Shinawatra
#laos
#Singapura
#Joe Biden
#Amerika Syarikat
#NATO
#Donald Trump