Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 12, 2024 23:47 MYT
Februari 12, 2024 23:47 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 12 Februari 2024.
Proses pengundian bagi Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 yang bermula pada awal bulan ini dan berterusan sehingga 14 Feb di luar negara, termasuk Malaysia berjalan lancar, menurut Kementerian Luar Indonesia.
Indonesia hari ini kurang ‘tenang’ dengan dokumentari ‘Dirty Vote’ yang telah ditonton lebih 8 juta orang dalam tempoh kurang 24 jam menjelang tarikh pemilihan 14 Februari ini.
Seramai 15 wartawan daripada pelbagai agensi berita Malaysia menyertai Program Jejak Serumpun Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Malaysia di Jakarta bermula 12 Feb sehingga 21 Feb 2024.
Tentera penceroboh Israel mengebom bandar Rafah di selatan Gaza yang penuh sesak dengan penduduk pada awal pagi Isnin membunuh dan mencederakan ratusan orang awam Palestin.
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan besar-besaran Israel ke atas bandar selatan Rafah di Gaza, di mana orang awam sedang mendapatkan perlindungan.
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas tiba di Qatar bagi mengadakan pertemuan dengan emir negara itu bagi membincangkan proses gencatan senjata perang Gaza.
Topik perihal kecerdasan mental dan usia calon Presiden Amerika Syarikat (AS) menjadi antara tumpuan utama kempen pada hujung minggu lalu.
Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin dikejarkan ke hospital sekali lagi pada petang Ahad, berkemungkinan disebabkan isu pundi kencing beliau ‘kembali menyerang,’ kata jurucakap Pentagon dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Korea Utara berjaya membangunkan sistem kawalan roket balistik baharu untuk pelancar roket berganda bersama peluru yang boleh dikawal.
Pemegang rekod dunia maraton lelaki, Kelvin Kiptum dari Kenya, 24, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di negara kelahirannya.
#Astro Awani
#PEMILU 2024
#Jakarta
#pilihan raya
#Indonesia
#Iswami
#Malaysia
#wartawan
#Israel
#Gaza
#Rafah
#Qatar
#Joe Biden
#Amerika Syarikat
#Llyod Austin
#Korea Utara
#gencatan senjata
#Palestin