Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 11, 2024 23:54 MYT
Februari 11, 2024 23:54 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 11 Februari 2024.
Kecerdasan Buatan (AI) akan menjadi fokus perbincangan pada World Government Summit (WGS) pada tahun ini yang berlangsung di Dubai dari 12 hingga 14 Februari.
Raja Britain, Raja Charles III pada Sabtu meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada rakyat Britain atas keperhatian mereka setelah disahkan menghidap kanser.
Mayat kanak-kanak perempuan, Hind Rajab berusia enam tahun ditemui saudara maranya selepas terperangkap akibat serangan tentera Israel di Gaza.
Ribuan penunjuk perasaan pro-Palestin turun ke jalan raya di Rom menyeru agar perang di Semenanjung Gaza dihentikan.
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Turki yang menganjurkan misi flotila Gaza 2010 mengumumkan sedang menyediakan armada baharu, pada Sabtu.
Tentera Israel mendakwa telah menemui rangkaian terowong sepanjang ratusan meter dan sebahagiannya terletak di bawah ibu pejabat Agensi Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) di Gaza.
Orang ramai dilihat hadir ke pantai Rio de Janeiro untuk mengambil bahagian dalam karnival jalanan yang dinanti-nantikan meskipun terdapat kebimbangan mengenai peningkatan kes demam denggi.
Serangan udara Israel mengorbankan 17 rakyat Palestin di Rafah, di bahagian sempadan Gaza, pada Sabtu.
Calon- calon pimpinan parti pemimpin pembangkang Pakistan yang dipenjarakan, Imran Khan, merancang untuk membentuk kerajaan pada Sabtu.
Ratusan penyokong parti politik agama terbesar Pakistan, Jamaat-e-Islami, melakukan demonstrasi di luar pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya di Karachi membantah kelewatan keputusan pilihan raya.